Tiada sambutan calon PH, BN, Bersih batal debat Semenyih

Debat antara calon PKR Semenyih tidak akan berlangsung.

PETALING JAYA: Kumpulan pemantau pilihan raya, Bersih 2.0 membatalkan debat antara calon pilihan raya kecil (PKR) Semenyih akan datang, susulan sambutan kurang memberangsangkan daripada calon Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Ia berkata hanya Nik Aziz Afiq Abdul dan calon bebas Kuan Chee Heng menerima pelawaan debat itu.

Kedua-dua calon itu dilihat seperti terpinggir, dengan perhatian lebih tertumpu kepada PH dan BN yang diwakili Muhammad Aiman Zainali dari PPBM dan Zakaria Hanafi dari Umno.

“Kami memutuskan ia tidak bermakna bagi kami untuk meneruskan debat yang akan disiarkan secara langsung di TV tanpa penyertaan calon dari 2 gabungan utama di negara ini,” kata Bersih.

Kumpulan itu juga mengambil tugas Aiman kerana dilaporkan menolak untuk berdebat kerana ketiadaan calon BN.

“Adakah beliau bermaksud PSM dan Kuan tidak layak bertanding menentangnya?

“Ini menjadikan Malaysia Baru kosong apabila mereka memilih untuk berpolitik seperti sebelum PRU14,” kata Bersih.

Ia berkata penolakan kedua-dua calon itu “menimbulkan persoalan tentang kesesuaian mereka untuk mewakili penduduk Semenyih”, sambil menambah debat itu sepatutnya dialu-alukan untuk memperkukuhkan demokrasi.

Ia berkata calon PH dan BN juga melepaskan peluang untuk membuktikan mereka mempunyai keberanian untuk dinilai mengenai isu dan dasar.

“Sekiranya mereka menyertai debat, mereka akan berpeluang bercakap dengan sekurang-kurangnya 1 juta rakyat Malaysia, termasuk puluhan ribu pengundi Semenyih,” katanya.