Jangan cuba perbodoh kami berhubung BSH, menteri Sarawak beritahu Chong Chieng

Abdul Karim Rahman Hamzah. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang menteri Sarawak menyindir seorang timbalan menteri pusat kerana mendakwa pegawai daerah di negeri itu tidak bekerjasama dengan kerajaan dalam melaksanakn program pemberian tunai Bantuan Sara Hidup (BSH).

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Beliau dan Sukan negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, menyifatkan dakwaan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen tidak masuk akal, dengan berkata, agensi negeri hanya akan merugikan diri sendiri sekiranya mereka mensabotaj program kerajaan pusat.

Katanya, Chong juga tersalah fakta apabila beliau berkata, pegawai daerah di Bau, Serian dan Simanggang enggan mendaftarkan penerima BSH.

“Tidakkah timbalan menteri ini tahu bahawa pendaftaran BSH dibuat melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri, bukannya pegawai daerah,” kata Karim.

“Bukan urusan kerajaan negeri hendak menghentikan pemberian tunai percuma kerana menyedari ia akan ditempelak jika berbuat demikian,” katanya dan menambah bahawa Chong juga mengabaikan kenyataan penerima BSH juga mempunyai pelajaran.

“Mereka akan menyumpah kerajaan negeri sekiranya mengetahui bahawa kita menghalang pemberian wang yang berhak mereka terima itu.

“Chong mungkin kehilangan akal semasa membuat dakwaan itu,” katanya.

Chong dilaporkan berkata, kurangnya kerjasama dalam pendaftaran penerima BSH adalah disebabkan oleh arahan daripada kerajaan negeri.

“Sama ada itu atau mereka malas untuk melakukannya,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Pakatan Harapan (PH) Sarawak semalam.

Karim berkata, Chong cuba mengalihkan perhatian daripada keputusan Putrajaya mengurangkan pemberian tunai untuk golongan muda kepada RM100.

“Jangan fikir rakyat Sarawak naif dan bodoh untuk terima bulat-bulat dakwaan itu. Mereka tahu pejabat daerah bukanlah tempat untuk mendaftarkan penerima BSH, tetapi di LHDN,” katanya.