Feri dari Langkawi terbakar, penumpang terjun ke laut

Pasukan penyelamat menyelamatkan penumpang feri yang terbakar ketika dalam perjalanan ke langkawi.

GEORGE TOWN: Sebuah feri dari Langkawi yang menuju ke Kuala Perlis, terbakar petang ini, memaksa sebahagian daripada 58 penumpang dan anak kapalnya terjun ke laut.

Api dan kepulan asap hitam dapat dilihat dari belakang feri tersebut.

Seorang anggota penyelamat memberitahu, seorang penumpang membuat panggilan kecemasan pada jam 2.48 petang.

Beberapa bot nelayan merapati feri terbabit dan membantu menyelamatkan penumpang feri.

Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (MMEA) menghantar 3 bot dan 2 jet ski untuk usaha menyelamat, dibantu bot polis dan Jabatan Marin.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Keselamatan Kedah berkata, 52 penumpang dan 6 anak kapal berada dalam feri ketika kebakaran itu berlaku, termasuk bayi.

Semua mereka di bawa ke jeti Kuah, Langkawi dan tiada kecederaan dilaporkan.

Timbalan Pengarah Operasi MMEA Kedah dan Perlis, Zulinda Ramly berkata, punca kebakaran belum dikenal pasti.