EU ikrar sedia sokongan politik, bantuan ekonomi bagi pelarian pulang ke Syria

Federica Mogherini berkata, dalam setiap pertemuan, pelarian Syria sering menyuarakan kesediaan pulang ke negara itu dengan selamat. (Gambar Facebook)

BEIRUT: Menteri luar Kesatuan Eropah yang dalam rangka lawatan ke Lubnan pada Isnin berkata, EU akan menyediakan sokongan politik dan bantuan ekonomi bagi menjamin pelarian Syria selamat pulang ke tanah air mereka, lapor agensi berita China, Xinhua memetik Agensi Berita Nasional (NNA).

“Setiap kali bertemu pelarian Syria, saya dengar kesediaan mereka untuk kembali ke tanah air dalam keadaan selamat,” kata Federica Mogherini, wakil tinggi EU bagi hal ehwal luar dan dasar keselamatan.

Katanya, EU akan terus berusaha menyelesaikan krisis pelarian dengan cara yang diplomatik.

Beliau membuat kenyataan itu dalam sidang akhbar bersama Menteri Luar Lubnan, Gebran Bassil, di Beirut.

Terdahulu, Mogherini tiba di Lubnan untuk merasmikan sebuah ibu pejabat baru di Beirut sempena sambutan ulang tahun ke-40 operasi keamanan EU di negara itu.