Polis Sabah tahan lelaki jual KP palsu kepada pendatang haram

Ketua polis Tawau, Fadli Marsus. (Gambar Facebook)

KOTA KINABALU: Polis menahan seorang rakyat Sabah yang memperdayakan pendatang tanpa izin di negeri ini supaya membeli “kad pengenalan khas” bagi melindungi mereka daripada ditangkap.

Polis percaya lelaki 43 tahun itu menjalankan kegiatannya hampir 1 bulan apabila polis menahannya di sebuah rumah di Kampung Sentosa di daerah pantai timur Sabah pada jam 11 malam semalam.

Ketua polis daerah, Fadil Marsus berkata, lelaki itu memberitahu pelanggannya beliau mengeluarkan kad keahlian untuk pertubuhannya bernama Union Malaya Borneo Corporation (Umbco).

“Dia memperdayakan” pendatang tanpa izin supaya mempercayai bahawa kad Umbco, yang dikeluarkannya sendiri di kedai alat tulis tempatan, menawarkan kekebalan daripada tindakan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa.

“Beliau mendakwa kad berwarna kuning yang kelihatan rasmi itu boleh berfungsi sebagai kad pengenalan atau pasport,” katanya kepada pemberita.

Fadli berkata, lelaki itu mengenakan bayaran RM50 bagi setiap kad, tetapi polis berjaya menahannya sebelum kad tersebut diserahkan kepada “pelanggan”.

Katanya kad berkenaan dihasilkan di sebuah kedai alat tulis di Tawau.

Polis juga merampas 19 fail mengandungi permohonan daripada “pelanggan” beliau.