FMM: Kurang jelas dengan rejim SST penyebab dakwaan kos perniagaan naik

FMM berkata beban pematuhan dan pentadbiran SST adalah lebih rendah. (Bloomberg pic)

PETALING JAYA: Kumpulan pengilang terbesar negara menjelaskan dakwaan kos melakukan perniagaan meningkat selepas SST diperkenalkan.

Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) berkata kebanyakan faktor kos yang memberi impak pada anggota-anggotanya adalah berkaitan barangan yang dikenakan kadar SST lebih tinggi daripada 6% atau tidak layak mendapat pengecualian.

Katanya, Tinjauan Pertengahan Tahun ke-2 Persekitaran Perniagaan FMM-MIER 2018 yang menimbulkan isu impak SST itu dijalankan pada bulan ke-3 selepas SST dilaksanakan.

Syarikat-syarikat terbabit, kata FMM, ketika itu masih kurang jelas dan kurang faham tentang rejim cukai baru serta pengelasan dan pemprosesas barang-barang yang boleh dicukaikan.

FMM berkata Putrajaya ada memaklumkan komitmennya menangani isu teknikal berkenaan pelaksanaan, pengurangan kos melalui pengurangan cukai dan memanjangkan senarai pengecualian untuk memasukkan barangan mentah dan komponen yang digunakan dalam pengilangan barangan yang tidak boleh dicukaikan bagi mengelakkan kos menjalankan perniagaan.

“FMM akui SST menangani beberapa bebarapa beban kewangan dan pentadbiran untuk para pengilang yang sebelum ini dikaitkan dengan pelaksanaan GST.

“Dengan SST, aliran tunai akan lebih baik kerana perniagaan tidak perlu membayar input cukai terlebih dulu tetapi boleh memohon pengecualian cukai jualan ke atas barangan mentah, komponen dan pembungkusan.”

Ia menambah SST juga mempunyai beban pematuhan dan pentadbiran yang lebih rendah dan itu membantu mengurangkan kos.

Ia menambah hanya 80,000 syarikat dikenakan SST berbanding 470,000 bawah GST.

“FMM bersetju dengan kastam untuk menyiasat kebimbangan yang ditimbulkan anggota-anggota kami bagi menangani perkara-perkara penting, dan di mana boleh, bertindak untuk melegakan atau mengurangkan impak kos dan cabaran pelaksanaan.”

Sebelum ini, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata dakwaan FMM bahawa kos perniagaan meningkat kerana SST harus disiasat.