Khazanah struktur semula dana walaupun keputusan lemah 2018

Kerajaan memulakan penyusunan semula Khazanah, melibatkan perubahan signifikan yang melibatkan perubahan ketara termasuk mandat yang diperbaharui. (Gambar Reuters)

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd memperkenalkan strategi pelaburan baru hari ini melibatkan dana komersial dan strategik, walaupun ia melaporkan keputusan lemah tahun lalu.

Perubahan ini dibuat dalam keadaan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad terdesak untuk meningkat wang bagi tabung kerajaan, yang berkurangan akibat defisit fiskal dan hutang yang banyak akibat skandal 1MDB melibatkan berbilion ringgit.

“Prestasi kami pada 2018 dipengaruhi oleh beberapa perkembangan utama pada peringkat global dan domestik dalam bidang ekonomi dan sosial,” kata Pengarah Urusan Khazanah Shahril Ridza Ridzuan, yang mengambil alih tugas Ogos lalu, kepada pemberita.

Katanya, pada masa sama, kerajaan memulakan penyusunan semula Khazanah, melibatkan perubahan signifikan yang melibatkan perubahan ketara termasuk mandat yang diperbaharui.

Menurut Khazanah, nilai aset boleh tunai menurun kepada RM136 bilion pada 2018 daripada RM157 bilion dalam tempoh yang sama.