Menjelang MotoGP 2019 di Qatar…5 perkara perlu diketahui

Perlumbaan pertama MotoGP untuk tahun 2019 akan bermula pada 8-10 Mac ini di litar Losail, Qatar.

Sama macam tahun-tahun sebelum ni, pelumba MotoGP akan berkampung selama 3 hari di litar lumba, hari pertama free practice, hari kedua sesi ujian masa atau qualifying dan hari ketiga hari perlumbaan.

Anda dah cukup info ke belum nak layan MotoGP tahun ini?

Disini disediakan 5 benda penting yang perlu diketahui mengenai MotoGP musim terbaru 2019.

1. Kalendar perlumbaan sudah ditetapkan 

Tidak ada perubahan lokasi litar lumba baru yang akan digunakan tahun ini.

Semua litar lumba yang digunakan tahun lepas, akan digunakan juga untuk tahun ini dan dalam turutan yang sama.

Cuma tarikh sahaja yang berubah.

Setakat ini ada 2 sahaja litar daripada negara Asia Tenggara iaitu Malaysia dan Thailand.

Tarikh perlumbaan MotoGP setakat ini adalah seperti dibawah.

2. Beli Tiket MotoGP Sepang sekarang

Jangan tunggu sehingga saat akhir baru hendak beli tiket bimbang nanti habis, anda juga yang melopong.

Masa tahun lepas, tiket perlumbaan di Sepang banyak yang sold out. Tak pernah-pernah sold out.

Jadi adalah lebih baik dan dinasihatkan untuk anda beli tiket perlumbaan MotoGP Sepang mulai sekarang.

Menariknya sekarang ada diskaun.

3. Hafizh Syahrin masih team sama tapi motor baru

Satu-satunya pelumba MotoGP negara kita buat masa ni, Hafizh Syahrin masih lagi bersama dengan team tahun lepas, Tech3.

Tapi untuk tahun 2019 buat pertama kalinya, Tech3 menggunakan jentera baru daripada KTM.

Hafizh Syahrin akan bergandingan dengan teammate baru, Miguel Oliviera naib juara untuk kejuaraan Moto2 tahun 2018.

Tahun ini juga tahun pertama Miguel Oliviera beraksi dalam MotoGP.

4. Team MotoGP pertama dari Malaysia

Tahun 2019 ialah tahun bersejarah untuk sukan permotoran di Malaysia apabila buat pertama kalinya ada team dari Malaysia yang akan bertanding dalam sukan motor nombor satu di dunia, MotoGP.

Petronas Yamaha Sepang Racing Team akan menggunakan kehandalan Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo sebagai pelumba untuk membuktikan gabungan Petronas, Yamaha dan Sepang International Circuit boleh mencabar nama-nama besar dalam MotoGP antaranya Repsol Honda, Mission Winnow Ducati dan Yamaha Factory Racing.

5. Senarai motor digunakan dalam MotoGP 2019

Ada 6 jenama motor ternama yang akan terlibat dalam MotoGP 2019 untuk menyediakan enjin yang padu bagi team masing-masing.

Anda boleh tengok kat bawah ni.

Anda ada berita mnarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]