Persembahan 4 gadis berhijab dari Malaysia terima ‘standing ovation’ di Asia’s Got Talent

Asia’s Got Talent adalah sebuah pentas yang mengetengahkan bakat luar biasa dalam kalangan peserta di rantau Asia.

Mereka perlu membuat persembahan menarik untuk memikat hati juri tetap David, Anggun dan Jay Park untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

Cabaran ini disahut oleh sekumpulan wanita berhijab dari Malaysia yang menamakan kumpulan mereka ‘NAMA’ bagi membuktikan wanita seperti mereka juga mampu memberikan persembahan yang memukau.

Sebagai peserta wanita berhijab dari Malaysia, NAMA yang membuat persembahan lebih kurang 5 minit menerusi lagu Bad Romance nyanyian asal Lady Gaga berjaya memukau penonton di studio sehingga mereka berdiri dan bersorak.

Bagaimanapun persembahan Bad Romance ini hanya berjaya memikat hati juri Anggun dan Jay Park.

Manakala David kurang berminat dengan persembahan itu dan mempercayai persembahan NAMA boleh diperbaiki lebih dari itu.

NAMA yang terdiri daripada Nur Fazrina, Noor Syamimi, Norfazira dan Nur Farahida ditemubual selepas itu, menyifatkan rancangan realiti Asia’s Got Talent sebuah platform yang bagus untuk mempersembahkan bakat mereka.

Graduan dari Universiti Malaya ini turut memaklumkan sangat meminati bidang seni muzik dan persembahan hingga membuatkan mereka mahu mencuba nasib di pentas berprestij itu.

Persembahan NAMA mendapat dua kata ‘Yes’ dari juri Anggun dan Jay Park sekali gus melayakkan mereka ke pusingan semi-final.

Nantikan kemunculan mereka di pentas semi-final.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]