Penampilan Luna Maya berhijab kembali dari Umrah tarik perhatian

Nama Luna Maya sudah tidak asing lagi di kalangan peminat di Indonesia mahupun di Malaysia dengan wajahnya yang cantik persis pelakon Sepanyol.

Bagaimanapun penampilan terbarunya dikhabarkan sudah berhijab ternyata mengejutkan industri hiburan.

Ketika mengerjakan umrah, dapat disaksikan menerusi laman sosial Luna memuat naik beberapa gambar sebagai tatapan untuk peminatnya.

Lantas, perkara itu mendapat pujian oleh warganet yang menyukai dengan penampilan baharu yang dilihat lebih anggun dan muslimah.

Malah, ketika berangkat pulang ke tanah airnya, Luna juga mengenakan hijab sewaktu dalam penerbangan dihujani dengan komen dan ucapan positif.

Gambar memperlihatkan dia memandang ke luar tingkap kala terbang itu memakai hijab dipadankan kemeja berwarna biru.

Netizen rata-rata mendoakan pelakon itu terus kekal berhijrah dalam masa terdekat.

Difahamkan, sebelum ini Luna dikaitkan membawa diri ke Makkah untuk mendapatkan ketenangan selepas berita mengenai pernikahan bekas kekasihnya iaitu usahawan Reino Barack dengan penyanyi Syahrini awal minggu lalu.

Pasangan berkenaan dikhabarkan telah melangsungkan pernikahan di Masjid Tokyo Camii di Jepun secara tertutup yang hanya dihadiri keluarga terdekat.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]