Gara-gara panik, kanak-kanak kena renjatan letrik

Gempar di media sosial baru-baru ini menaparkan video kanak-kanak lelaki tertiarap tidak bergerak dengan tangannya melekat pada tiang elektrik.

Menurut laporan Tribunnews, kanak-kanak berbaju biru itu terkena renjatan elektrik apabila secara tidak sengaja terpegang kabel yang tergantung pada tiang tersebut selepas keluar dari kolam renang.

Insiden yang dilapor berlaku di kolam renang Villa Meruya, Jakarta pada Sabtu menyebakan orang ramai yang berada di situ panik seketika.

Beberapa petugas juga kelihatan cuba menyelamatkan kanak-kanak tersebut dengan melepaskan genggaman tangannya dari kabel eletrik dan menariknya jauh daripada tiang sebelum memberikan bantuan pernafasan.

Keluarga kanak-kanak itu dalam kenyataan kepada media berkata mangsa yang dikenali sebagai Putu Elang berada dalam keadaan baik dan sedang menjalani rawatan.

Dalam pada itu beberapa saksi turut memuat naik video kejadian di Facebook mereka.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]