Pesawat Ethiopia terhempas, 157 terbunuh

(AFP pic)

NAIROBI: Sebuah pesawat Boeing 737 milik Syarikat Penerbangan Ethiopia terhempas hari ini dan 149 penumpang dan 8 anak kapal terbunuh, kata syarikat itu menurut laporan badan penyiaran rasmi negara itu.

Pesawat itu berlepas dari lapangan terbang Bole di Addis Ababa pada 8.38 pagi waktu tempatan, sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan pada 8.44 pagi.

“Tiada orang terselamat dalam penerbangan itu, yang membawa penumpang dari 33 negara,” katanya Badan Penyiaran Ethiopia, memetik sumber di syarikat penerbangan itu.

Pesawat ET 302 terhempas berdekatan pekan Bishoftu, 62km di tenggara Addis Ababa, kata syarikat. Pesawat terbabit adalah sebuan Boeing 737-800 MAX dengan nombor pendaftaran ET-AVJ, katanya.

Model bernombor itu bagaimanapun tidak wujud dan beberapa syarikat penerbangan kemudian mengenalpasti pesawat itu sebagai 737 MAX 8, pesawat sama yang terhempas di Indonesia pada Oktober di mana 189 terbunuh.

“Operasi pencarian dan menyelamat sedang berjalan dan kami belum terima maklumat yang disahkan mengenai mangsa yang terselamat atau yang tercedera atau terbunuh,” kata syarikat itu dalam kenyataan.

Pesawat itu merupakan versi terbaru 737, pesawat penumbang paling laris di dunia dan salah sebuah pesawat yang boleh dipercayai dalam industri itu.

Kali terakhir pesawat Ethopia terhempas pada Januari 2010, apabila penerbangan dari Beirut jatuh sejurus selepas berlepas.