Kemenangan Ducati dipertikai wujud ‘spoiler’ kecil sejukkan tayar

Suzuki, Aprilia dan KTM telah memfailkan tuntutan rasmi membatalkan kemenangan Ducati di Qatar pagi ini.

Jawatankuasa Federation International Motorsport (FIM) pada awalnya menolaknya tuntutan tersebut tetapi ketiga-tiga syarikat pengeluar motor itu membuat rayuan dan keputusan akan diputuskan oleh mahkamah FIM.

Aduan yang mereka dibuat adalah terhadap “spoiler” kecil yang berada berhampiran tayar belakang dikatakan berfungsi untuk mengawal suhu tayar tersebut dan sememangnya tidak mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

Juruteknik FIM menjelaskan kepada Puig, Rivola, Leitner dan Brivio dari pasukan yang membuat tuntutan tersebut, mereka tidak mempunyai kuasa untuk memberi keputusan secara langsung buat masa ini dan perlu menunggu sebelum perlumbaan kedua di Argentina.

Oleh disebabkan itu panel-panel terlibat telah membuat tuntutan tersebut untuk dibawa ke Mahkamah FIM.

Dan buat masa ini keputusan perlumbaan di Qatar pagi tadi masih lagi dikekalkan oleh FIM.

Manakala pengeluar Yamaha pula mengambil keputusan untuk berdiam diri terhadap tuntutan yang dilakukan oleh pengluar yang lain.

Kemenangan tipis Dovizioso terhadap Marquez mengimbas kembali perlumbaan pada tahun lalu, yang sememangnya “Dejavu”.

Ini antara komen pelumba di Qatar pagi tadi:

Davide Tardozzi – “Kami tidak ragu-ragu untuk menyatakan yang ianya sah, Kami menganggap bahawa jentera ini telah diluluskan sejak dari hari Khamis yang lalu. Jadi tuntutan atau protes yang dilakukan oleh pengeluar lain tidak sah”

Marc Marquez – “Saya melihat jentera Ducati lebih pantas disaat tayar belakang jentera saya sukar dikawal”

Andrea Dovizioso – “Saya tidak tahu apa-apa, saya tidak mahu bercakap mengenai tuntutan tersebut”

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]