Singapura bakal perkenalkan bas elektrik tanpa pemandu dalam masa terdekat

Gambar Reuters.

Percayakan anda suatu hari nanti kebanyakan negara maju akan menggunakan kenderaan tanpa pemandu?

Namun itulah hakikat yang perlu diterima dan secara tidak langsung ia akan menggalakkan penggunaan dan pembelajaran teknologi canggih.

Terbaru Volvo dan Universiti Nanyang Technological (NTU) Singapura memperkenalkan bas elektrik tanpa pemandu yang akan mula diuji.

Pembuat kenderaan bas Volvo Sweden dan rakan tempatannya, NTU akan melakukan ujian rintis bas elektrik tanpa pemandu di kampus universiti berkenaan.

Data daripada ujian rintis itu akan digunakan untuk meningkatkan teknologinya sebelum bas tanpa pemandu diuji di jalan awam.

Bas itu dengan muatan kapasiti hampir 80 penumpang dilengkapkan dengan sensor dan kawalan pemanduan yang dikendalikan oleh sistem kepintaran buatan (AI).

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]