Istana Kensington ambil tindakan proaktif sekat komen ‘haters’ terhadap Kate, Meghan

Siapa yang tidak kenal dengan 2 nama wanita hebat dalam keluarga diraja Britain selain Ratu Elizabeth iaitu Meghan Markle dan Kate Middleton.

Selain sering menjadi bualan ramai kedua-dua mereka ini juga mempunyai kecantikan dan keunikan personalitinya yang tersendiri.

Hal itu terbukti apabila nama mereka berdua sering diperkatakan menerusi media sosial.

Namun apa yang kurang enak adalah, banyak perkara buruk disebarkan mengenai dua wanita itu termasuklah pelbagai tuduhan liar mengenai persengketaan mereka.

Sebagai langkah untuk tidak membiarkan ia terus berlarutan, pihak Istana Kensington akhirnya mengeluarkan garis panduan dalam talian untuk mengatasi hal itu.

Menurut kenyataan istana, Meghan dan Kate sering menjadi mangsa ‘komen bersifat jahat’ menerusi laman sosial.

Antara yang dimuatkan dalam garis panduan itu termasuklah amaran untuk menyekat komen yang bersifat ugutan, kebencian dan menyakitkan hati.

Selain itu, anggota keluarga diraja itu turut menerima komen berbentuk seksis dan perkauman khususnya sejak Meghan berkahwin dengan Putera Harry pada tahun lalu.

Menurut pihak istana lagi, mereka juga berhak untuk memadam komen-komen jahat dan membuat laporan polis jika wujud kenyataan yang tidak berasa terhadap mereka.

“Garis panduan ini diselaraskan untuk membentuk persekitaran dalam talian yang lebih selamat,” ujar wakil istana.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]