Sebak… Gurauan terakhir Affza bersama ibunya sebelum koma akibat terhidu gas methana

Malaysia digemparkan dengan pencemaran yang berlaku di sungai Kim Kim, Pasir Gudang Johor yang telah menyebabkan ratusan pelajar sekolah sekitar Pasir Gudang di kejarkan ke hospital.

Gas methana yang beracun itu dibuang ke kawasan sungai Kim Kim dan dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menerusi Facebook Noor Atikah Daud, ibu kepada salah seorang mangsa yang terhidu gas beracun itu dan ketika ini masih dalam keadaan koma berkongsi kisah sedih dan perbualan terakhir bersama anaknya itu.

Anaknya, Affza Balqis Ahmad Sharel, 14, yang manja dengan panggilan ‘adik’ telah di masukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI) dan masih tidak sedarkan diri serta bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Dalam catatan ibu mangsa menceritakan bagaimana tingkah laku anaknya sebelum terhidu gas beracun itu ketika berada di SMK Tanjung Puteri Resort Pasir Gudang.

“Masih terngiang-ngiang ditelingaku semasa bersalam sebelum adik keluar ke sekolah dihari kejadian 12/3/19.

Adik: Ummi, adik cantik kan? (sambil peluk dan cium ummi dengan manja)

Ummi: Ya syg, adik cantik sangat-sangat tapi adik kena ingat adik pakai tutup aurat cantik-cantik niat kerana Allah tau.

Adik: Ya ummi. (sambil ku kucup dahinya)

“Dengan bapanya pula dia cium dan peluk erat-erat sambil berkata adik nak peluk bapa (seorang anak yang manja dan taat pada ibubapa).

“Ummi bapa redha dengan ujian Allah ini tapi bila ummi bapa tengok adik terbaring kaku dengan alat bantuan pernafasan dan segala macam alat membuatkan hati ummi bapa lemah dan longlai seluruh anggota.

“Ummi bapa hanya mampu menadah tangan pada yang Esa mohon diberi keajaiban dariNya bagi kesembuhan adik syg.

Ibu mangsa turut memohon netizen melakukan solat hajat dan berdoa kepada Allah berikan kesembuhan buat anaknya.

Dia kini dalam keadaan kritikal di ICU Hospital Sultan Ismail, Johor akibat terhidu gas methana (beracun) yang menular di pasir gudang (perbuatan pihak yang tidak bertangungjawab) hingga mengakibatkan majoriti mangsa-mangsanya adalah anak-anak sekolah yang tak berdosa.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]