‘Kaki Instagram’ pasti suka dengan kamera level pro keluaran terbaru

‘Kaki Instagram’ pasti suka dengan kamera level pro keluaran terbaru

Mementingkan perincian dan spesifikasi dalam setiap gambar yang diambil pasti menjadi keutamaan mereka yang suka mengambil gambar

Kamera digital mempunyai perincian yang berbeza bagi setiap jenama yang dikeluarkan.

Dan bagi penggemar keindahan alam dan kecantikan sudah pasti menitikberatkan spesifikasi tertentu dalam menghasilkan gambar yang paling cantik.

Terbaru, Fujifilm telah mengumumkan pelancaran kamera digital mirrorless yang diberi nama Fujifilm X-T30.

Kamera ini mewakili kamera terbaru X Series, koleksi yang diperkenalkan bagi kebolehan mencapai imej yang berkualiti, warna yang terperinci dan pengendalian berasaskan dail.

X-T30 telah dilengkapi dengan beberapa fungsi baru yang mana sangat berguna bagi semua tahap jurugambar.

Dengan menggunakan sensor imej generasi ke-empat dan pemproses yang mengandungi resolusi sebesar 26.1 megapixel dan Auto Focus yang cekap dan berkualiti.

Bingkai kamera X-T30 ini mempunyai pixel phase detection bagi memberikan kontras yang terbaik.

Selain itu, kamera ini juga mempunyai feature seperti Focus Lever yang membolehkan pengguna mengubah titik focus dengan mudah.

Touch Screen yang memiliki respons yang lebih tepat dan rekaan badan kamera yang menawarkan lebih kestabilan untuk mencapai keselesaan bila menggunakan lens yang lebih besar.

Screen LCD yang terdapat pada belakang kamera dibina lebih nipis dengan saiz 1.3mm.

Screen ini berfungsi selari dengan Focus Lever bagi mencapai operasi kamera yang lebih padu dan tepat.

Kamera ini juga dilengkapi dengan Film Simulations eksklusif daripada Fujifilm yang memasukan mod Eterna.

Dengan menggabungkan beberapa fungsi, ia dapat memberikan lebih banyak pilihan untuk mengubahsuai imej seperti Monochrome Adjustment yang boleh didapati pada mod Acros dan Monochrome.

Tak dilupakan mod Color Chrome yang boleh menghasilkan warna dan penggredan yang lebih terperinci.

Kamera X-T30 ini memiliki fungsi pengambaran video 4K pada 30 FPS dengan kebolehan untuk merakam resolusi audio tinggi tanpa menggunakan peralatan tambahan lain.

Kamera ini akan merakam dalam resolusi 6K bagi menghasilkan video 4K yang lebih menakjubkan.

Fujifilm X-T30 ini akan dikeluarkan dengan tiga warna iaitu warna black, silver dan charcoal silver.

Bagi warna warna black dan silver, korang dah boleh mula pra-tempah bermula 16/03/2019 di website rasmi Fujifilm manakala warna charcoal silver cuma akan dikeluarkan pada suku tahun ketiga tahun ini.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.