Daripada bas buruk kini menjadi karavan mewah serba lengkap untuk keluarga

Pasangan yang berasal dari UK ini menjadi tular suatu ketika dulu apabila kesungguhan mereka membeli sebuah bas usang dan menjadikannya seperti sebuah penginapan yang serba lengkap.

Pasangan ini nekad membeli bas yang kerap melalui rumah mereka melalui eBay dan telah mengubahnya menjadi sebuah rumah mewah yang luar biasa.

Tom Grantham, 29, dan isterinya Kayley Barnes, 30, menghabiskan £1,200 (RM6788) untuk membeli sebuah bas Stagecoach yang usang.

Menurut Tom Grantham, pada awalnya beliau agak sangsi untuk mengubahsuai bas tersebut namun disebabkan minat yang mendalam terhadap pengubahsuaian karavan dan kenderaan ala penginapan mewah menyebabkan dia dan isteri nekad untuk mencuba.

Pasangan itu kemudiannya menyiapkan sepenuhnya bas itu dengan kos kira-kira £10,000 (RM56,573.45) selama tempoh enam tahun.

Ia mengambil masa sembilan bulan untuk Tom membaiki bas itu supaya boleh bergerak sementara Kayley membuat rekaan dalaman untuk bas tersebut.

Ia mempunyai tiga katil double, ketuhar, tandas dan bilik mandi tetapi mengekalkan beberapa ciri asal seperti dashboard, dan lain-lain.

Mereka tidak percaya apabila mereka mendapati bas berusia 23 tahun itu adalah bas nombor 51 yang bergerak dari Grimsby ke Louth melalui rumah keluarga mereka setiap hari.

“Kayley dan saya sedang mencari rumah bergerak dan terlihat bas itu dan kami fikir mengapa tidak.

“Ia sangat sempurna untuk percutian keluarga,” kata Tom yang bekerja sebagai doktor gigi kuda.

Pasangan tersebut yang mempunyai tiga anak berusia 8, 7 dan 3 tahun kemudian menggunakan bas 1993 untuk perjalanan ke festival serta percutian keluarga ke Perancis dan Belgium.

Mereka kini meletakkan kembali bas itu di ebay pada harga £8,000 dan lelongan berakhir pada Isnin depan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]