Lelaki bakar diri kerana gaduh dengan teman wanita

Lelaki yang membakar diri sendiri di Kampung Bintang, Setiawan kini dirawat di iCU Hospital Seri Manjung. (Gambar Facebook)

LUMUT: Gara-gara bergaduh dengan teman wanita, seorang pemuda berumur 21 tahun nekad membakar diri sendiri di tempat meletak kenderaan sebuah rumah di Kampung Bintang, Sitiawan, semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Muhammad Hanif Othman berkata kejadian berlaku pada jam 7.40 malam, dan pemuda yang melecur hampir 90% bahagian badannya itu kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seri Manjung.

“Ada beberapa saksi kejadian, dan di tempat kejadian juga ada kamera litar tertutup (CCTV). Kita turut merakam percakapan saksi serta menganalisis rakaman CCTV yang diperoleh,” katanya dalam kenyataan malam tadi.