Pelik tapi inilah hakikat… Ramai wanita di Zimbabwe meninggal akibat ‘peraturan’ tak masuk akal

Siapa sangka peraturan pelik di Zimbabwe ini membuatkan ramai wanita meninggal dunia.

Puncanya sangat menyedihkan dan kita harus bersyukur kerana lahir di Malaysia.

Jika dibandingkan dengan negara Zimbabwe, ibu-ibu yang melahirkan anak di Malaysia amatlah beruntung.

Ini kerana, di salah satu negara termiskin di Afrika itu, ibu yang melahirkan anak di hospital akan didenda AS$5 (RM20) setiap kali menjerit.

Sebuah laporan yang ditulis Transparency International menyatakan 62 peratus penduduk Zimbabwe mengaku sudah membayar rasuah dalam waktu 1 tahun terakhir.

Di Zimbabwe, pendapatan tahunan rata-rata setiap orang adalah sekitar AS$150.

Jika hospital mengenakan bayaran bersalin sebanyak AS$50 dan setiap kali ibu yang menjerit sepanjang proses bersalin akan berhutang separuh daripada pendapatan tahunannya setelah melahirkan bayinya.

Namun hakikatnya, sebanyak 95 peratus penduduk Zimbabwe adalah penganggur dan kemiskinan berleluasa.

Menurut Transparency International, banyak kes ibu yang melahirkan anak tidak mampu membayar dan terpaksa ditahan di hospital sehinggalah semua bayaran diselesaikan oleh keluarganya.

Keadaan ini memaksa kebanyakan ibu di Zimbabwe memilih untuk melahirkan anak di rumah kerana tidak mampu membayar kos tersebut.

Berdasarkan laporan PBB secara purata setiap hari 8 ibu meninggal ketika melahirkan anak.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]