Krisdayanti semakin aktif berkempen jadi wakil rakyat parti wakili Jokowi

Penyanyi ternama Indonesia, Krisdayanti semakin aktif turun padang berjumpa dengan rakyat selepas bergiat secara serius dalam bidang politik.

Krisdayanti mewakli Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) iaitu parti yang sama dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi).

Pada pilihan raya Indonesia bulan depan, Jokowi akan mempertahankan kerusi Presiden bergandingan dengan Ma’ruf Amin yang akan bertanding kerusi Wakil Presiden.

Gandingan itu akan berdepan dengan pasangan Prabowo Subianto dan Sandiaga Uno.

Ibu kepada empat anak itu berkata, menjadi wakil rakyat adalah satu usaha yang boleh memberi manfaat kepada orang ramai.

Sehingga kini, penyanyi lagu Menghitung Hari itu sudah turun berkempen hampir 300 kampung sejak September tahun lalu.

Dan Krisdayanti masih perlu melawat 170 kampung untuk bertemu bakal pengundinya selepas memilih daerah Malang Raya di Jawa Timur iaitu tempat kelahirannya.

Di daerah Malang Raya, jumlah pengundi di situ merangkumi sejumlah dua juta orang.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]