Mangsa serangan masjid Christchurch Mohd Haziq selamat dikebumikan

Mangsa serangan di masjid Christchurch, Mohd Haziq Mohd Tarmizi yang disahkan meninggal dunia semalam telah selamat dibumikan hari ini.

Selepas waktu Zohor (waktu tempatan) arwah dikebumikan di Memorial Park Cemetery Bromley Di Linwood, Christchurh.

Sewaktu pengebumian jenazah arwah Mohd Haziq diiringi oleh bapanya sendiri, Mohd Tarmizi yang turut disertai oleh ratusan umat Islam dari Malaysia, Iran dan Afghanistan.

Dilaporkan ibu dan kakak arwah mengambil keputusan untuk tidak berada di tempat pengebumian kerana masih bersedih dan akan menziarahi pusara anaknya itu kelak.

Suruhanjaya Tinggi New Zealand meminta agar semua pihak menghormati privasi keluarga arwah dan tidak bersikap memaksa untuk mendapatkan maklumat pada masa ini.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]