Team MotoGP dari Malaysia bagi saingan mantap di Qatar

Dalam perlumbaan pertama MotoGP di Qatar baru-baru ini, team MotoGP dari Malaysia, Petronas Yamaha SRT buat pertama kali tampil beraksi dalam perlumbaan.

Fabio Quartararo mulakan perlumbaan di petak ke-5, berjaya tamatkan perlumbaan di tempat ke-20 selepas terpaksa memulakan perlumbaan dari laluan pit disebabkan motor rosak.

Tapi apa yang kita nampak masa race kat Qatar ini, Petronas Yamaha SRT memang boleh bersaing dengan Repsol Honda, Monster Energy Yamaha dan Mission Winnow Ducati.

Sementara itu, Kaito Toba mencipta sejarah MotoGP, kerana buat kali pertama pelumba kelahiran Jepun berjaya jadi juara untuk perlumbaan Moto3 di Qatar.

Kaito Toba yang baru berumur 19 tahun ini membuat penampilan ketiga bagi perlumbaan Moto3.

Dalam pada itu, walaupun mengalami masalah dalam sesi kelayakan dan memulakan perlumbaan di petak ke-14, tetapi semasa raceday, Rossi yang sudah berusia 40 tahun berjaya mengatasi pelumba-pelumba lain di depan dan berjaya tamatkan perlumbaan di tempat ke-5.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]