Wow… Kuching diiktiraf Bandar Kraf Dunia

Sarawak mencatat sejarah apabila ibu negerinya, Kuching diiktiraf sebagai Bandar Kraf Dunia oleh Majlis Kraf Dunia (WCC) sekaligus menjadi negeri pertama di Malaysia mendapat pengiktirafan berkenaan.

Menurut Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, ini merupakan pengiktirafan besar bagi Sarawak sekali gus negeri ini sebagai destinasi popular dengan keunikan kraf dan seni reka.

“Kita amat berbangga untuk menjadi negeri pertama di Malaysia dianugerahkan pengiktirafan ini”, katanya kepada Utusan Borneo.

Turut sama dalam senarai Bandar Kraf Dunia ini adalah Jaipur di India, Jogjakarta di Indonesia, Isfahan di Iran dan lebih 30 bandar di seluruh dunia.

Pengumuman rasmi itu disempurnakan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan turut dihadiri Presiden Majlis Kraf Dunia Asia Pasifik, Dr Ghada Hijjawi Qaddumi.

Pengiktirafan itu juga sedikit sebanyak bakal menyumbang kepada kempen Melawat Sarawak 2019 bagi menarik lebih ramai pelancong.

Beliau berhasrat untuk menjadikan bandar raya Kuching sebagai Pusat Kraf Antarabangsa dan ia katanya merupakan suatu keperluan dan impian terutama dalam menjayakan kempen melawat Sarawak.

Antara kraf tangan tumpuan di Sarawak adalah:

1. Pua Kumbu

Tenunan kain pua atau tenunan ikat adalah seni tenunan yang dihasilkan oleh wanita Iban di Sarawak.

Ia adalah hasil tenunan daripada benang kapas.

Kain tenunan ini bewarna merah atau coklat tua.

Rekaan corak yang biasa digunakan ialah anak kunci, lengkar, rombus atau batu berlian.

2. Anyaman Sarawak

Anyaman sarawak begitu halus dan teliti sehingga menjadi perhatian dunia.

Antara yang popular adalah bakul tambok.

Bakul ini berbentuk silinder, ringan dan menjadi kebanggaan kaum Bidayuh.

Bakul ini diperbuat daripada hasil-hasil hutan seperti buluh, rotan atau damar, daun nipah serta banyak lagi.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]