Bas bawa 21 penumpang jatuh gaung di Taiping

(Gambar Facebook)

IPOH: Sebuah bas ekspres dipercayai terbabas dan jatuh ke dalam gaung di Kilometer 228.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, selepas Hentian Rehat dan Rawat Bukit Gantang petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata bas yang belum diketahui arah tuju itu membawa 21 penumpang.

Bomba menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 6.57 petang sebelum sepasukan anggota dari balai Taiping dikejarkan ke lokasi.

Jurucakap berkenaan memaklumkan usaha menyelamat sedang dijalankan dan berdasarkan maklumat awal tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.