Wow.. Selain pendapatan bersukan, selebriti sukan dunia banyak pendapatan lain

Siapa kata ahli sukan hanya tertumpu kepada sukan.

Malah ada ahli sukan luar negara yang berjaya menjadi ikon dan mempunyai perniagaan sendiri.

Ini kerana tempoh ahli sukan untuk kekal aktif dalam bidang sukan masing-masing paling lama mungkin selama 15 hingga 20 tahun sebelum bersara.

Contohnya macam legenda Formula One, Mika Hakkinen aktif berlumba selama 10 tahun sejak tahun 1991 hingga 2001.

Kalau pemain bola sepak pula, Roberto Carlos aktif bermain bola sepak selama 24 tahun sejak tahun 1991 hingga 2015.

Selepas mereka bersara, susudah tentu sekali mereka tidak akan dapat gaji sama seperti ketika masih aktif bersukan.

Dan atas sebab itulah ada sesetengah ahli sukan mempunyai ‘backup plan’ bila bersara nanti.

Salah satu backup plan yang adalah menjalankan bisnes sendiri.

Tony Hawk

Tony Hawk mula terlibat secara profesional dalam skateboarding sejak tahun 1982.

Ketika itu Tony Hawk baru sahaja berumur 14 tahun.

Dan walaupun beliau sudah berumur 51 tahun namun dia masih lagi boleh bermain skateboard.

Selain daripada skateboarding, Tony Hawk juga ada menerbitkan video game bagi menambahkan lagi pendapatannya.

Kali pertama video game yang dikeluarkan oleh Tony Hawk adalah hasil kerjasama dengan Activision ialah pada 1999, Tony Hawk’s Pro Skater.

Pada 2018, game terbaru, Tony Hawk’s Skate Jam dikeluarkan pada Disember 2018 untuk smartphone.

Tony Hawk juga ada syarikat dan jenama sendiri yang menjual barang skateboard iaitu Birdhouse Skateboards dan syarikat produksi video, 900 Films.

The Rock

The Rock atau juga dikenali sebagai Dwayne Johnson mula aktif dalam bidang sukan american football pada 1990 hingga 1995.

Pada 1996, The Rock terlibat pula dengan sukan wrestling sampai 2013.

Lepas bersara daripada wrestling, The Rock lebih banyak terlibat dalam dunia lakonan.

Selain daripada berlakon, bisnes apa yang The Rock ada?

The Rock ada syarikat produksi filem yang diberi nama Seven Buck Productions sejak tahun 2012.

Antara filem yang pernah melibatkan Seven Buck Productions ialah Rampage, Jumanji: Welcome to the Jungle, Shazam!, dan Hobbs & Shaw.

Cristiano Ronaldo

Rasanya ramai susudah tahu betapa kayanya CR7 ini.

Kekayaan CR7 sebenarnya bukan bergantung kepada gaji sahaja.

Bukan sahaja kaya sebab tajaan daripada jenama-jenama besar seperti Nike malah CR7 juga ada bisnes sendiri yang membuatkan CR7 bertambah kaya, antaranya butik fesyen, perfume, kampus bola sepak, muzium dan hotel.

Walaupun Cristiano Ronaldo sudah berumur 34 tahun pada 5 Februari lalu, tapi CR7 masih lagi salah seorang pemain bola sepak yang menerima gaji paling banyak di Juventus dan di dunia.

Untuk pemain bola sepak yang sudah berumur lebih 30 tahun, masih bergaji tinggi dan boleh lagi beraksi di tahap tertinggi, bukan semua pemain bola sepak boleh buat.

1. Nike

Korang jangan tanya kenapa CR7 tak pakai barang Adidas, sebab sejak 2003 CR7 sudah pun ditaja oleh Nike untuk semua peralatan sukan yang CR7 perlukan.

Malah tajaan Nike dengan CR7 adalah seumur hidup!

Setakat ini hanya 3 orang atlet sukan sahaja yang pernah ditaja seumur hidup oleh Nike iaitu LeBron James, Michael Jordan dan Cristiano Ronaldo.

2. KFC

CR7 juga pernah ditaja oleh KFC Arab pada 2013. Pelik juga kan. Seorang atlet yang memang jaga diet untuk kekalkan prestasi atas padang, ditaja untuk mempromosikan fast food.

Sebelum CR7, Lionel Messi juga pernah ditaja oleh KFC. Mungkin ayam goreng ialah rahsia untuk jadi pemain bola sepak yang power?

3. EA Sports FIFA

Permainan video yang dimain oleh peminat bola sepak satu dunia! CR7 jadi front cover untuk dua tahun berturut-turut, FIFA 18 dan FIFA 19.

Untuk FIFA 19, siap dua kali dan dua jersey ditampilkan oleh EA Sports disebabkan perpinsudahan CR7 dari Real Madrid ke Juventus.

Tapi yang dipasarkan untuk orang ramai beli hanya lah front cover FIFA 19 Cristiano Ronaldo bersama jersi Juventus.

4. Clear Shampoo

Rambut CR7 juga merupakan mahkota kesayangan CR7 yang selalu kita nampak bila CR7 beraksi atas padang.

Lelaki mana yang tak sayang rambut kan? Memang sesuai lah CR7 ditaja oleh Clear untuk promosikan shampoo mereka.

Macam-macam style rambut sudah CR7 pernah buat bila turun padang.

5. Konami

Sebelum ditaja oleh EA Sports, CR7 juga pernah ditaja oleh rival terbesar EA , Konami untuk permainan video Pro Evolution Soccer atau PES dan menjadi front cover sebanyak 3 kali, 2008, 2012 dan 2013.

Masa ini PES lagi top daripada FIFA rasanya.

Michael Jordan

Legenda Basketball yang masih lagi kaya walaupun sudah bersara.

Michael Jordan adalah punca kenapa kasut Nike Air Jordan masih lagi mencatat rekod jualan tertinggi sejak tahun 1984 sampai sekarang.

Michael Jordan ada juga bisnes dalam bidang permotoran selepas berjaya buka showroom Nissan pada tahun 1990 di North Carolina.

Michael Jordan turut mempunyai restoran yang diberi nama Michael Jordan’s Steakhouse di Chicago, Connecticut dan Washington.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]