11 jenis buah kurma popular dan paling sedap dijual di Malaysia

Lebih kurang sebulan lagi umat Islam akan menyambut Ramadan dan mula menunaikan ibadah puasa.

Rukun Islam ketiga ini sememangnya ditunggu-tunggu bukan sahaja demi mengumpul pahala dan ganjarannya malah dengan menahan diri daripada makan, minum dan melakukan perkara yang membatalkan, puasa juga terbukti baik untuk kesihatan.

Dan setiap kali menjelang Ramadan pasti akan kedengaran di corong radio dan siaran televisyen iklan kurma yang merupakan makanan sunnah setiap kali berbuka puasa.

Namun tahukah anda bahawa harga buah Kurma paling mahal ialah buah kurma dari jenis Ajwa.

Kurma Ajwa atau dikenali sebagai Kurma Nabi ini berharga antara RM120-RM170 sekilogram.

Harga yang berbeza ini adalah berdasarkan kepada kualiti yang ada pada Kurma Ajwa, termasuklah saiznya serta syarikat yang mengimport buah kurma jenis ini.

Kurma Ajwa berasal dari Madinah, dan ia merupakan buah kurma yang sangat popular dan mempunyai permintaan tinggi memandangkan ia merupakan buah kurma yang dipercayai menjadi kegemaran Rasulullah S.A.W.

Secara amnya, buah kurma berasal dari tanah Arab dan mempunyai banyak jenis.

Ia mempunyai banyak khasiat yang bagus untuk kesihatan dan sebab itulah ia antara menu makanan yang disunatkan dalam agama Islam untuk diambil ketika berbuka puasa dan juga ketika sahur.

Antara negara-negara yang mengeluarkan buah kurma termasuklah Arab Saudi, Jordan, Iran, Tunisia, Mesir dan juga China.

Malah buah kurma turut ditanam di Amerika Syarikat di daerah California.

Jenis-Jenis Buah Kurma Paling Sedap & Popular Di Malaysia

Dibawah disenaraikan jenis-jenis buah kurma yang ada, paling popular dan paling sedap dijual di Malaysia khususnya.

Dengan khasiat yang ada pada buah kurma ini, bolehlah ia menjadi salah satu menu makanan harian terbaik, bukan setakat di bulan puasa, menjadikan ia sebahagian daripada lifestyle.

1 – Kurma Ajwa

Jenis kurma Ajwa adalah salah satu yang ditanam di Madinah Munawara di Arab Saudi.

Ia adalah kurma hitam yang manis, dengan rasa buah yang segar.

Kurma ini cenderung bersaiz kecil dan mempunyai tekstur isi yang lembut.

Manakala, biji kurma Ajwa berbentuk oblong dengan puncak yang bulat dan mempunyai tekstur kasar.

2 – Kurma Mabroom

Kurma Mabroom adalah jenis kurma kering dan lembut (sama dengan kurma Ajwa) yang kebanyakkan ditanam di Semenanjung Barat Arab Saudi.

Kurma Mabroom mempunyai bentuk panjang dan kurus.

Ia mempunyai kulit yang hampir lut dan berwarna coklat gelap.

Isi buah mempunyai kedutan lembut.

Kurma Mabroom tidak begitu manis tetapi mempunyai rasa yang unik dan isi yang kenyal.

Buah kurma Mabroom ketika kering, ia mempunyai tekstur unik yang kedua-duanya lembut dan pejal, dengan rasa berserabut.

3 – Kurma Safawi

Kurma Safawi adalah jenis kurma khas yang sebahagian besarnya ditanam di Arab Saudi.

Kurma Safawi adalah jenis kurma yang lembut dan semi-kering; dapat dikenali dari warnanya yang hitam mendalam, panjang dan saiznya yang sederhana.

Ia mempunyai persamaan dari segi rasa dengan kurma Ajwa tetapi ia berbentuk lebih oblong berbanding dengan kurma Ajwa.

Jenis kurma Safawi dikenali oleh produktivitinya dan ini membuat kurma ini mudah tersedia dan mudah didapati sepanjang tahun berbanding dengan jenis lain.

4 – Kurma Sayer

Kurma separuh kering berkulit tipis dengan rasa yang unik.

Ia berbentuk panjang dan bujur (kadang-kadang segi empat tepat) dan kira-kira 2-5cm dalam saiz.

Kurma Sayer bermula berwarna kuning, kemudian beralih menjadi kuning gelap dan kemudian menjadi merah atau coklat gelap ketika sudah masak.

Kurma Sayer, juga dikenali sebagai kurma Stamaran, Saamaran, Stamara atau Samberun, juga adalah salah satu jenis kurma lazat dan sedap.

5 – Kurma Mazafati

Kurma gelap dan lembut dengan saiz sederhana biasanya sekitar 2.5-4.5 cm, dengan rasa yang manis dan kandungan lembapan yang tinggi (berair).

Isinya juga tebal. Kurma Mazafati dianggap sebagai kurma paling lazat di dunia serta mempunyai warna hitam yang menarik berbanding dengan jenis buah kurma popular yang lain.

Jika di Malaysia, buah kurma Mazafati lebih dikenali sebagai Kurma Kimia dan Kurma Bam.

Ia juga digelar Kurma Madu, dan adalah salah satu daripada pelbagai jenis buah kurma berasal dari Iran.

Boleh dikatakan kurma jenis ini adalah mungkin jenis kurma yang paling popular dan terkenal di Malaysia.

Ia menjadi antara pilihan ramai umat Islam di Malaysia kerana harganya yang lebih murah, namun sedap berbanding jenis buah kurma yang lain.

Jika sering mengambil buah kurma Mazafati ini, dipercayai dapat membantu untuk meningkatkan tenaga, menguatkan saraf, merawat anemia, meningkatkan ingatan dan kecerdasan, memperbaiki kulit, menggalakkan kesihatan pencernaan dan jantung yang baik, dan mencegah masalah pencernaan serta sembelit.

6 – Kurma Piarom

Kurma bulat warna hitam-coklat, sering dianggap paling sedap berbanding dengan kurma separuh kering lain.

Kurma Piarom, juga dikenali sebagai kurma Mariami atau ‘kurma coklat’.

Kurma Piarom adalah kurma panjang, kurus, berbentuk bujur, dengan kulit nipis dan berwarna hampir hitam.

Ia mempunyai saiz 3-5cm (lebih besar daripada jenis kurma lain), dan dianggap semi-kering kerana kandungan kelembapan yang rendah iaitu kurang daripada 15%, lebih rendah daripada jenis kurma lain.

Kurma Piarom mempunyai rasa dan rupa yang unik dan dianggap salah satu jenis kurma yang paling mahal kerana pengeluaran mereka ekslusif di Hajiabad.

7 – Kurma Rabbi

Kurma lembut, coklat gelap dan kadangkala kelihatan kemerah-merahan.

Buah kurma Rabbi adalah separuh kering yang panjang dan mempunyai kandungan kelembapan di bawah 15%.

Kurma Rabbi adalah salah satu daripada enam jenis kurma merah kering yang popular dijual di pasaran.

8 – Kurma Kabkab

Kurma lembut, basah, bersirap dengan warna coklat gelap dan lebih panjang daripada jenis kurma lain.

Ia merupakan kurma gred AA ditanam di kebanyakan kawasan tropikal di Iran.

Kurma Kabkab dianggap sebagai jenis kurma basah kerana kandungan kelembapannya yang tinggi iaitu kira-kira 18%.

Ia panjang, berbentuk bujur dan kira-kira 3.5-4 cm dalam saiz dan mempunyai warna berbeza bermula dari kuning ke coklat gelap bergantung kepada kematangan.

Kurma yang juga popular di pasaran Malaysia ini mempunyai tekstur yang halus dan lembut dan kulit yang keras kerana pit yang panjang yang melekat pada isi buah.

Ia popular kerana rasanya yang lazat, manis seperti sirap.

9 – Kurma Zahidi

Kurma Zahedi atau Zahidi adalah kurma tebal, kecil, berbentuk bujur, kira-kira 3.5 cm dalam saiz.

Kurma Zahedi mempunyai penampilan yang tersendiri, ia keras, berkilat dan kering, kadang-kadang kulitnya melekat pada isi buah dan kadang-kadang, bergantung kepada cuaca (haba, kelembapan), kulit buah akan memisahkan dari bahagian isi buah.

Warna kurma Zahedi bermula dari kuning ke coklat muda bergantung kepada kematangan.

Dengan kandungan kelembapan kurang daripada 14%, lebih rendah daripada jenis lain, ia dianggap sebagai jenis buah kering.

Kurma Zahedi disukai ramai dan popular kerana ia kurang manis berbanding daripada jenis-jenis kurma yang lain.

Buah kurma ini amat sesuai untuk mereka yang menghadapi penyakit diabetes atau kencing manis.

10 – Kurma Medjool

Kurma Medjool adalah buah kurma yang paling sukar untuk ditanam dan oleh itu adalah jenis kurma paling mahal, besar dalam saiz, kulit berwarna kuning gelap sampai merah-coklat, tekstur berserabut dan rasa yang sangat manis.

Rasa manis yang ada pada buah kurma Medjool seakan rasa karamel.

Malah, buah ini sentiasa kelihatan segar walaupun setelah ia kering.

Buah kurma Medjool dikenali sebagai buah kurma ‘berlian’ kerana sifat istimewanya ini.

Kurma Medjool adalah alternatif yang lebih sihat untuk pencuci mulut dengan kalori tinggi kerana ia kaya dengan mineral penting dengan hanya kira-kira 66 kalori dalam setiap kurma.

11 – Kurma Deglet Noor

Kurma Deglet Noor adalah salah satu daripada pelbagai kultivar kurma.

Nama Deglet Noor dalam bahasa Arab bermaksud ‘ratu kurma’.

Ia berasal dari Algeria. Ia juga ditanam di Arab Saudi, Tunisia, Amerika Syarikat dan juga banyak negara-negara Mediterranean seperti Iran.

Kurma Deglet Noor Algeria tulen diketahui mempunyai sentuhan lembut, warna lut dan rasa lembut yang seperti madu, dan ciri-ciri ini yang membezakan ia daripada kurma lain

Di Malaysia, buah kurma Deglet Noor biasanya dijual dalam bentuk bertangkai. Ia juga menjadi antara buah kurma paling diminati di Malaysia.

Berikut adalah lingkungan harga sekilogram buah kurma yang dijual di Malaysia namupn ia tertakluk kepada syarikat yang mengimport dan menjualnya di Malaysia.

  • Kurma Ajwa, asal Madinah – RM120 – RM170
  • Kurma Medjool, asal Palestine – RM80 – RM100
  • Kurma Mariami, gred AA dari Iran – RM60 – RM80
  • Kurma Safawy, asal Madinah – RM30 – RM60
  • Kurma Ajmal, Tunisia – RM40
  • Kurma Tunisia Loose, asal Tunisia – RM30
  • Kurma Rabbi, asal Iran – RM24
  • Kurma Merah, asal China – RM16
  • Kurma Mesir – RM12

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]