Mayat pendaki ditemui apabila ais di Gunung Everest cair

Gunung Everest sememangnya terkenal di kalangan pendaki gunung.

Semua juga mengetahui ia bukanlah satu perkara yang mudah untuk mendaki gunung tertinggi itu hingga menyebabkan berlakunya banyak kematian.

Sehingga kini 300 pendaki dilaporkan meninggal dunia dalam usaha menawan puncak itu, sejak berpuluh tahun lalu.

Ada mayat pendaki yang berjaya ditemui, malah ada juga yang hilang sehingga hari ini.

Bagaimanapun ekoran daripada peningkatan suhu dunia ketika ini, menyebabkan lapisan salji di gunung itu mula mencair.

Apa yang lebih mengejutkan, pencairan ais itu membolehkan beberapa mayat pendaki yang sudah lama hilang ditemui semula.

“Kami telah membawa turun mayat yang meninggal sejak beberapa tahun lepas. Yang sudah lama tertanam pun timbul balik,” ujar Ang Tshering Sherpa, bekas presiden petubuhan pergunungan Nepal.

Antara kawasan yang terlibat termasuklah di Khumbu Icefall dan South Call di gunung itu.

Bercakap kepada BBC, seorang individu memaklumkan dia melihat tangan dan kaki mayat-mayat lama kembali muncul.

“Kami perasan paras ais semakin menurun, sebab itu mayat-mayat lama kembali muncul,” ujarnya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]