Wow… Penggemar sos cili pedas umpama bisa gigitan labah-labah di pasaran

Rakyat Malaysia kebiasaannya sukakan makanan pedas.

Jika tiada kepedasan bukanlah satu kepuasan dalam menikmati juadah yang disediakan.

Dan pastinya dengan pengeluaran sos cili baru yang lebih pedas memberi cabaran berbeza buat citarasa seseorang.

Produk tersebut dinamakan Scientific Steve’s Venom Chilli Sauce (Sos Cili Berbisa Saintifik Steve).

Ia merupakan sos pedas yang dibangunkan bagi meniru gigitan labah-labah berbisa.

Ini terutama taring labah-labah tarantula Trinidad Chevron yang akan membuatkan mangsa merasai ‘kekejangan otot dan kesakitan terbakar’.

Pencipta di sebalik sos baharu ini adalah firma penyelidikan, Venomtech yang berpangkalan di Kent, England.

Jangan bimbang, berdasarkan pemeriksaan Agensi Piawaian Makanan, tiada bahan labah-labah tarantula yang sebenar bagi menghasilkan sos tersebut.

Sebaliknya, mereka menggunakan ‘bisa sintetik’.

“Kita dapat melakukannya dengan terbaik, tanpa rasa bisa yang sebenar.

“Rasanya seperti komponen haba yang akibat daripada bisa.

“Saya ketawa ketika itu dan memberitahu ia lucu untuk melakukannya. Tiada siapa yang bodoh mahu mencuba bisa.

“Kita akhirnya menghasilkan idea untuk melakukan sos berinspirasikan sintetik,” kata Pengasas dan pengarah urusannya, Steven Trim, 41.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]