Kenapa minyak pelincir Shell dijual lebih murah di Tesco?

Anda mungkin tidak sedar atau sekadar simpan untuk rujukan diri sendiri, tapi mengapa Shell Helix Ultra 5W-40 sintetik sepenuhnya untuk 4L dijual hanya RM99, sedangkan harga runcit di kedai alat ganti dan stesen minyak Shell sendiri dijual pada harga RM260.

Perbezaan harga RM161.00 adalah aneh dan seolah ada yang sengaja mempermainkan harga atau apa sebenarnya yang berlaku di sebaliknya!

Memilih minyak enjin yang betul untuk kereta anda adalah satu tugas yang mencabar apabila terdapat banyak pilihan ditambah pula dengan cadangan yang diberikan oleh mekanik seolah-olah ia adalah minyak pelincir yang terbaik.

Bagaimanapun anda harus lebih berhati-hati kerana setiap mekanik pasti akan mencadangkan minyak pelincir yang sudah tentu memberi keuntungan kepada mereka.

Sehubungan itu adalah amat jelas Shell Helix Ultra 5W-40 adalah pelincir yang diimport (dengan bekas tertera ‘Made In Italy’) mempunyai spesifikasi setanding dengan kelulusan antarabangsa tetapi persoalannya kenapa ia dijual dengan harga jauh lebih murah.

Jadi berdasarkan penyelidikan, ini jawapan yang ditemui hingga menyebabkan Shell Helix Ultra 5W-40 dijual dengan lebih murah di Tesco.

Tesco sebagai rantaian pasar raya besar, membeli pelincir ini secara pukal dan menghantarnya ke Malaysia dan ia membuatkan mereka mampu menjual pada margin yang sangat rendah.

Selain itu, produk Itali Shell Helix Ultra 5W-40 ini mempunyai beberapa sifat kimia di dalamnya yang sesuai untuk cuaca Eropah dan untuk enjin lebih moden seperti enjin suntikan langsung terkini.

Maksudnya, semua kereta ‘recond’ dari Eropah tidak ada masalah jika menggunakan minyak pelincir ini.

Manakala Shell Helix Ultra 5W-40 yang dihasilkan di Malaysia dan dijual dengan harga RM260 diubah suai mengikut kesesuaian enjin kereta disini dan juga mengambil faktor kelembapan cuaca negara ini.

Menurut pakar, jika pengguna menggunakan kenderaan lama dan lebih berusia maka adalah tidak sesuai untuk menggunakan minyak pelincir yang dijual di Tesco ini.

Malah ada yang berpendapat kenderaan yang dikeluarkan selepas 2013 juga adalah lebih baik menggunakan pelincir yang berharga RM260.

Meskipun terdapat beribu maklumat berhubung kegunaan dan kebaikan minyak pelincir malah anda juga boleh bertanya dan mendapatkan nasihat daripada mekanik yang dipercayai (kita sendiri kekadang tidak tahu yang mana satu hendak pilih dan tetap percaya kepada pilihan mekanik), dan sebenarnya perkara paling mudah adalah anda melihat manual kereta yang disediakan bagi setiap kereta dan mungkin terdapat beberapa cadangan minyak pelincir yang sesuai untuk kenderaan anda.

Untuk keterangan lanjut bolehlah melayari https://www.dsf.my

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]