Kumpulan gesa kerajaan banteras jualan ubat dalam talian

PETALING JAYA: Sebuah kumpulan kesihatan awam hari ini menggesa pihak berkuasa membanteras perniagaan-perniagaan dalam talian yang menjaga ubat dan penokok, kerana beberapa ubat-ubatan itu mengandungi bahan berbahaya dan terlarang.

Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial berkata ramai penjual dan pembekal menawarkan barang-barangan seperti itu di media sosial dan platform terkenal seperti Lazada, Mudah.my dan Shoppe, dan memintas pemeriksaan keselamatan dan mutu.

“Sudah menjadi kebiasaan bagi rakyat mencari alternatif kepada ubat dan penokok sedia ada yang lebih murah di dalam talian, kerana percaya kalau ia boleh didapati di platform-platform itu, ia mestilah sah dan selamat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Azrul Mohd Khalib.

Beliau berkata banyak produk itu susah ditentusahkan, tanpa dos ubat dan penokok yang betul.

“Kerajaan mesti perkasakan dan kemaskini rangka kerja kawalan dan penguatkuasaan bagi meningkatkan pengawasan, keselamatan dan perlindungan pengguna,” kata Azrul.