‘The Singing Pizza’ beri satu suasana baru dan menarik kepada peminat Pizza Hut

Dari kiri berdiri Fattah Amin, Fazura, Aman Ra, Jesse Ruben, Shalma. Dari kiri duduk Alvin Chong, Zaim

Bolehkah anda bayangkan keseronokan menikmati piza sambil mendengar lagu yang terkini dan meletup di carta muzik?

Itulah konsep baru yang diperkenalkan Pizza Hut ‘The Singing Pizza’ yang menjadikan kotak piza biasa sebagai kotak muzik.

Dengan hanya mengimbas kod QR pada kotak piza pelanggan yang menikmati hidangan di restoran Pizza Hut boleh memilih senarai lagu eksklusif sambil menikmati hidangan pizza.

Ini merupakan satu pengalaman yang amat berbeza dan tidak pernah diperkenalkan oleh mana-mana restoran makanan segera.

Kolobrasi Pizza Hut dengan Universal Studio membuatkan pilihan lagu yang disediakan menepati ciri-ciri pilihan anak muda dan juga dewasa.

Dari kiri Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kenny Ong; Selebriti, Fattah Amin; Ketua Pegawai Eksekutif QSR Brands (Bahagian Restoran), Merrill Pereyra; Ketua Pegawai Pemasaran QSR Brands, Jean Ler; Selebriti, Fazura

Malah Universal Studio juga mempunyai pelbagai genre muzik dan artis agar ia dapat memenuhi citarasa masyarakat Malaysia yang majmuk.

Dan bagi sesiapa sahaja yang membuat pembelian melalui pesanan untuk bawa pulang atau penghantaran juga akan dihiburkan dengan muzik yang dimainkan pada telefon pintar masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif QSR Brands (Bahagian Restoran), Merrill Pereyra berkata, inovasi ini bakal mengubah cara pengguna menikmati piza melalui penggunaan kotak pizza dan ia bukanlah semata-mata kotak kosong.

“Strategi kami di Pizza Hut adalah untuk mengutamakan pelanggan dengan memudahkan dan memberi pengalaman citarasa piza yang lebih baik menerusi inovasi berasaskan digital.

“Dengan teknologi digital sekali lagi, kami mahu rakyat Malaysia merasai pengalaman inovasi yang ternyata berbeza sama sekali,” katanya pada majlis memperkenalkan The Singing Pizza pertama di Malaysia, di Kuala Lumpur.

Bagi Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kenny Ong kolobrasi bersama dengan Pizza Hut memberi satu pengalaman yang berbeza dan pada masa yang sama dapat memberi promosi kepada semua artis dibawah naungan syarikat itu.

“Kami berasa amat berbangga kerana dapat bekerjasama dengan jenama terkenal seperti Pizza Hut yang sentiasa mencuba sesuatu yang baru dan inisiatif seperti ‘The Singing Pizza’ serta menjadi contoh yang terbaik,” kata Kenny.

Tambah Kenny senarai lagu ‘The Singing Pizza’ terdiri daripada 200 lagu yang akan dikemas kini setiap dua minggu, termasuk lagu dalam trend dan trek eksklusif yang belum lagi dilancarkan oleh artis seperti Fattah Amin, Alvin Chong, Zaim, Shalma dan Aman Ra.

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba ‘The Singing Pizza’ yang ditawarkan oleh Pizza Hut.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]