Burger gergasi sempena pertabalan Maharaja Jepun hanya di Hotel Grand Hyatt Tokyo

Sempena meraikan pertabalan Maharaja baru, Hotel Grand Hyatt Tokyo telah memperkenalkan menu burger wagyu.

Menariknya, burger tersebut bukan bersaiz seperti kebiasaan anda nikmati, tetapi ianya bersaiz gergasi iaitu sebiji bola sepak.

Lebih menarik, roti pada burger tersebut dilapisi dengan emas dan burger gergasi tersebut adalah seberat 3 kilogram.

Selain itu, burger yang disediakan oleh Cef Patrick Shimada dianggarkan berukuran 25 sentimeter turut dilapisi kepingan hati itik, hirisan daging lembu Jepun dan kulat trufel yang diparut.

Ia mampu dikongsi oleh 6 hingga 8 orang.

Harga bagi burger tersebut adalah ¥100,000 (RM3,682) dan ia mula dijual 1 April 2019 sehingga akhir bulan Jun 2019.

Menurut Patrick, penghasilan burger gergasi itu adalah sebagai satu usaha untuk meraikan maharaja dan era baharu di negara mereka.

Pada 1 Mei depan, Jepun akan mengadakan hari pertabalan Putera Nahurito dan meraikan era baharu iaitu Era Reiwa.

Jadi, jika anda bakal melancong ke Jepun dalam waktu terdekat dan ingin menikmati hidangan tersebut, bolehlah berkunjung ke sana.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]