Mick Schumacher uji jentera bersama pasukan Ferrari di Bahrain

Mick Schumacher, anak kepada Michael Schumacher yang pernah merangkul gelaran juara dunia 7 kali mula membuat ujian pertamanya dengan pasukan Ferrari di litar Bahrain selasa lalu.

15 tahun lalu litar itu juga mencipta sejarah buat Michael apabila merangkul gelaran juara buat pertama kali.

Juara Formula 3 Eropah yang berusia 20 tahun itu membuat penampilanya dalam Formula 2 di litar Sakhir dan menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-8 dan ke-6 dalam dua perlumbaan yang ditandinginya sepanjang hujung minggu lalu.

Mick yang berwarganegara Jerman itu juga akan menguji ketangkasan enjin Ferrari yang digunakan oleh pasukan Alfa Romeo (dahulu dikenali sebagai Sauber) Rabu ini.

“Jelas sekali, dengan membawa nama dan sebagai anak lelaki Michael, sudah pasti pasukan Ferrari menaruh harapan terhadapnya.

“Perkembangan yang dilakukan Mick sejak beberapa tahun kebelakangan ini membuatkan beliau layak untuk berada di mana dia sekarang. Sekarang kita perlu memberi dia masa dan berusaha untuk mengemudi jenteranya sendiri,” kata juara 4 kali Sebastian Vettel.

Michael Schumacher, yang masih memegang rekod 91 kejuaraan grand prix dan menang 5 daripadanya ketika bersama pasukan Ferrari ketika zaman kegemilangan iaitu dari 2000 hingga 2004.

Schumacher kemudiannya meninggalkan pasukan itu pada 2006 sebelum kembali bersama Mercedes dari 2010 hingga 2012.

Sejak Schumacher mengalami kecederaan kepala selepas mengalami kemalangan ketika bermain ski di Alps Perancis pada Disember 2013, dia tidak lagi tampil dengan mana-mana pasukan untuk berada di litar Formula 1.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]