Wow… Aplikasi ‘WhatsHalal’ mudahkan pengguna semak status halal

Semua orang suka melancong, malah ada yang menjadikan ia sebagai satu aktiviti wajib sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.

Tidak kiralah sama ada melancong dalam atau luar negara, ia kini menjadi gaya hidup golongan bekerjaya.

Dan sebagai umat Islam, salah satu aspek yang perlu dititik beratkan ketika melancong ialah mencari makanan halal.

Namun anda tidak perlu gusar lagi kerana ia kini boleh disemak hanya dengan menggunakan telefon pintar, proses semakan status halal sesuatu produk menjadi lebih mudah.

Pengguna boleh memuat turun aplikasi ‘WhatsHalal’ di Google Play dan AppStore.

Aplikasi yang dicipta oleh Azman Ivan Tan dan Salehin Amat Kamsin dari negara jiran, Singapura memudahkan pengguna untuk menyemak status halal produk dengan hanya mengimbas barcode atau senarai kandungan bahan.

Aplikasi yang bakal dilancarkan hujung April ini juga disertakan dengan senarai restoran halal terdekat mengikut lokasi semasa pengguna.

Aplikasi ini sedang dalam proses penerimaan data sehingga 50,000 senarai makanan dan senarai bahan kandungan halal mengikut badan perkhidmatan halal Singapura.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]