‘Ayahku Tukang Masak’ menjanjikan kelainan dan menggamit nostalgia hidangan kampung sepanjang Ramadan

Nasi Beriani Kambing yang sudah tentu menjadi rebutan

Dengan suasana yang tenang dan berkonsepkan bangunan mesra ekosistem tertinggi di Kuala Lumpur Element by Westin Kuala Lumpur atau dikenali juga dengan nama Element Kuala Lumpur menawarkan lebih 50 hidangan mewah secara bufet Ramadan nanti.

Dengan bertemakan ‘Ayahku Tukang Masak’ restoran Trace yang terletak di aras 40 pasti menjanjikan satu pengalaman yang istimewa dan terindah bagi mereka yang berkunjung dan memilih untuk berbuka puasa disitu.

Malah Kepakaran Chef Man dan rakan chef yang lain akan membawa nostalgia klasik ‘keluarga kampung’ dalam menikmati makan malam sambil ditemankan bulan dan bintang di awan.

Chef Man yang mengetuai bufet Ramadan ‘Ayahku Tukang Masak’

Sebaik sahaja masuk ke ruang restoran di bangunan pencakar langit itu, mata mula tertarik dengan susunan dan dekorasi yang digunakan dalam mengenengahkan konsep kampung.

Bermula dengan hidangan salad segar yang terdiri daripada pelbagai jenis termasuklah betik dan daging salai hinggalah ke salad tradisi kampung iaitu kerabu betik muda, kerabu daging dan kerabu ayam cendawan disertakan bersama pelbagai jenis sos yang bersesuaian mengikut citarasa masing-masing.

Sajian sushi dan salad menjadi pembuka sajian yang menyelerakan

Bagi mereka yang gemar makan nasi bersama lauk pauk sudah pasti hidangan yang disediakan Element Kuala Lumpur akan membuatkan anda merasakan seperti makan di kampung bersama keluarga.

Ikan Merah yang dipanggang disajikan bersama sos istimewa
Lemang dan ketupat bersama rendang dan serunding untuk dimakan bersama

Dan hidangan yang betul-betul mencuri perhatian dan lazat adalah ikan masin masak lemak pisang yang ternyata sungguh lemak dan pedas secukup rasa.

Turut dihidangkan Ayam Masak Ross, Rendang Daging Minang dan Udang Goreng Jintan Berempah.

Nasi putih bersama ikan kering sudah pasti mengimbau kenangan di kampung.

Tidak habis disitu apabila keenakan bau kuah Assam Laksa memanggil-manggil untuk dirasa.

Dan selain Assam Laksa terdapat juga pelbagai jenis mee dan bihun disediakan bersama dengan pelbagai jenis sup ikut selera masing-masing.

Apabila menggunakan tema ‘Ayahku Tukang Masak’ sudah pasti semua yang terlibat adalah daripada kaum lelaki dan kemuncak kepada hidangan berbuka puasa nanti adalah kemeriahan ‘Bapa Ku’ stesen panggang.

Pilihan makanan mentah yang sedia untuk dipanggang.

Pelbagai jenis daging disediakan iaitu daripada ‘premium sirloin steak’, ‘lamb chop’, ‘chicken escallops’ dan makanan laut dan ia dihidangkan dengan perasa khas resepi Chef Element Kuala Lumpur sendiri.

Acara kemuncak adalah disaat Chef Man membuat penampilan bersama sebuah troli yang terhidang daging kambing dan lembu.

Chef Man membuat demostrasi cara hidangan ‘Bbq Beef Brisket’.

Semua mata tertumpu kepada kehebatan Chef Man membakar daging kambing dan lembu yang telah diperap menggunakan bahan khas dan distim selama 4 jam sebelum ia dibakar di depan pelanggan bersama-sama dengan sayur dan nenas yang telah dipanggang.

Keenakan daging kambing dan lembu ini cukup membuatkan sesiapa sahaja yang merasanya berpuas hati tahap maksima dengan kelazatan dan kelembutan daging tersebut.

Inilah satu-satunya pengalaman berharga berbuka puasa di langit tinggi bagi sesiapa sahaja yang menikmati hidangan di Element Kuala Lumpur.

Restoran Trace juga tidak ketinggalan dalam menyediakan kuih muih tradisional sebagai pencuci mulut.

Pelbagai jenis dan pilihan sebagai pencuci mulut.
Kuih tradisional dan pastri yang membuatkan sesiapa sahaja ingin mencuba

Dan antara hidangan yang pasti membuatkan semua ingin mencuba adalah serawa durian bersama dengan roti arab yang ternyata membuatkan semua pelanggan tersenyum sambil mengakui ia sedap dan menepati citarasa.

Kesemua hidangan ini, Element Kuala Lumpur menawarkan ia pada harga RM148 untuk dewasa dan RM78 untuk kanak-kanak bermula 6.30 petang sehingga 10.30 malam bermula 7 Mei hingga 2 Jun.

Semua Chef yang terlibat menjayakan bufet ‘Ayahku Tukang Masak’.

Dan ini berita baik bagi mereka yang membuat tempahan awal bermula 15 Mac hingga 1 Mei dapat membeli pakej pada harga RM98.

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba berbuka puasa di awan bertemankan bulan dan bintang serta pemandangan kotaraya yang menarik.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]