Harga RON97 kekal RM2.63

PETALING JAYA: Harga petrol RON97 kekal RM2.63, mulai tengah malam ini.

Harga RON95 dan diesel juga kekal RM2.08 serta RM2.18 seliter.

Kementerian Kewangan ketika mengumumkan harga petrol berkata, berdasarkan pengiraan di bawah formula Mekanisme Harga Automatik, harga RON95 dan diesel sepatutnya RM2.33 seliter serta RM2.36 seliter, sama dengan minggu lalu.

Harga baru itu berkuat kuasa mulai esok sehingga 12 April ini.