Muzik video Blackpink ‘Kill This Love’ berjaya mencapai lebih 26 juta tontonan

Baru sahaja dilancarkan belum sampai 24 jam, klip video lagu terbaru Blackpink, “Kill This Love” telah menjuarai carta di kedudukan pertama “on trending” di laman Youtube dengan pencapaian melebihi 26 juta kali tontonan.

Klip video terbaru kumpulan itu turut memecahkan rekod tontonan 10 juta yang dipegang sebelum ini oleh BTS dengan lagu “IDOL” dalam masa 4 jam 13 minit selepas pelancarannya.

Ini merupakan satu pencapaian yang baik untuk permulaan pelancaran lagu “Kill This Love” setelah remix lagu hit “DDU-DU-DDU-DU” yang dilancarkan 15 Jun lalu mencapai jumlah tontonan sebanyak 737 juta kali.

Buat pengetahuan anda, lagu terbaru Blackpink “Kill This Love” ini juga tersedia di aplikasi iTunes, Apple Music dan Spotify mulai semalam.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]