Polis akan buka siasatan baru terhadap kehilangan paksa, kata PM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata polis akan membuka siasatan baru terhadap kehilangan paksa Raymond Koh dan Amri Che Mat.

Katanya, siasatan itu bagaimanapun memerlukan masa kerana ia melibatkan Ketua Polis Negara Fuzi Harun.

“Kita akan buka siasatan baru tapi kena tunggu sebab dakwaan kehilangan paksa ditujukan kepada ketua polis negara.

“Kita tunggu pelantikan baru dan kemudian kita akan tubuhkan kumpulan untuk mengkaji adakah terdapat bukti di sebalik tuduhan yang dibuat Suhakam,” katanya kepada pemberita dalam sidang media petang tadi.