PM dari Sabah, Sarawak suatu masa nanti? Kenapa tidak, kata Dr M

Dr Mahathir pada majlis pelancaran PPBM Sabah di Penampang hari ini. (Gambar Bernama)

KOTA KINABALU:Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau percaya sama ada Sabah atau Sarawak akan melahirkan seorang perdana menteri pada masa depan.

“Saya percaya suatu hari nanti, perdana menteri akan datang dari Sabah atau Sarawak kerana kita semua rakyat Malaysia

“Sesiapa juga boleh menjadi pemimpin asalkan orang itu mempunyai kemampuan,” kata pengerusi PPBM itu disambut tepukan gemuruh hadirin pada majlis pelancaran rasmi PPBM Sabah di Penampang di sini, hari ini.

Dalam pada itu, 7 ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah menerima kad keahlian PPBM mereka pada majlis yang dihadiri puluhan ribu rakyat itu.

LAGI MENYUSUL.