200 jongkong emas bernilai lebih AS$1 juta dirampas di lapangan terbang Bangladesh

Perisik kastam menemui 200 jongkong emas yang ditinggalkan dalam tandas pesawat Biman Bangladesh Airlines. (Gambar Bloomberg)

DHAKA: Pegawai kastam di lapangan terbang kedua terbesar Bangladesh di bandar pelabuhan Chattogram pada Isnin merampas 200 jongkong emas seberat lebih 23 kilogram, lapor agensi berita China Xinua.

Pegawai Jabatan Perisikan Kastam yang enggan dikenali memaklumkan Xinhua bahawa “kami menemui 200 jongkong emas yang ditinggal dalam tandas sebuah pesawat Biman Bangladesh Airlines.”

Penerbangan Biman Bangladesh Airlines tiba di Chattogram, kira-kira 242 kilometer di tenggara ibu kota Dhaka, dari Dubai pada kira-kira 6 pagi waktu tempatan.

Menurut pegawai itu, jongkong emas terbabit bernilai kira-kira 100 juta taka (kira-kira AS$1.43 juta).

Tiada sebarang tangkapan dilakukan berhubung rampasan itu.