Membimbangkan… Belajar cara untuk mengesan ‘kamera spy’ di hotel

Lubang kecil yang ditunjukkan adalah terletaknya kamera spy (Gambar Youtube)

Siapa sangka bilik hotel atau motel yang disangka selamat rupanya mempunyai banyak ‘kamera spy’ yang tersembunyi.

Antara yang menjadi sebutan sehingga kini adalah isu kamera spy yang kini berleluasa di seluruh Korea Selatan.

Jadi tidak mustahil lah Korea Selatan terpalit dengan pelbagai isu skandal seks yang melibatkan nama-nama besar dalam industri hiburan Korea Selatan baru-baru ini.

Son Hye Yong adalah seorang pakar dalam bidang kamera spy dan dengan pengalaman lebih 20 tahun, beliau mengajar cara untuk mengesan kedudukan kamera spy yang mungkin disorok di dalam bilik hotel.

Kadangkala, kamera ini diletak di kawasan yang langsung kita tidak jangka seperti di dalam penyangkut baju, pen, botol air dan juga alat pengesan kebakaran.

Menurut Son, kamera spy ada 4 jenis dan jenis WiFi adalah yang paling bahaya.

Ini kerana kamera ini dapat diakses secara real time oleh pengendali kamera spy berkenaan dan Son menjangkakan kamera spy WiFi ini akan jadi lebih popular selepas ini.

Katanya di Korea Selatan sahaja terdapat 40,000 motel dan kebimbangan ini bukan sahaja terjadi di Korea Selatan, tetapi di seluruh dunia.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]