Putrajaya, Indonesia hantar surat bantahan kempen anti-sawit pada EU

Indonesia dan Malaysia ialah pengeluar minyak sawit terbesar di dunia. (Gambar AFP)

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo dan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad menandatangani surat bantahan bersama kepada Kesatuan Eropah berhubung rancangan mereka melarang penggunaan biofuel berasaskan minyak sawit, kata seorang pegawai Indonesia.

Surat itu dihantar kepada EU hujung minggu lalu, kata Luhut Pandjaitan, menteri penyelaras untuk hal ehwal maritim yang mengawai isu sumber semula jadi.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan kandungan surat itu.

Indonesia dan Malaysia yang merupakan pengeluar minyak sawit terbesar dunia, mengugut Pertubuhan Perdagangan Dunia mencabar EU berhubung rancangan mereka melarang penggunaan minyak sawit dalam bahan api pengangkutan boleh diperbaharui menjelang 2030.