4 watak terbaik Robert Downey Jr. selain Iron Man

The Incredible Hulk (2008). (Gambar imdb.com)

Tony Stark… pasti semua mengenali dengan nama ini yang terkenal dalam watak Iron Man.

Namun nama sebenarnya Robert Downey Jr. yang bakal berusia 53 tahun ini sebenarnya sudah membuat penampilan dalam filem Marvel Cinematic Universe (MCU) sebelum ini iaitu sebanyak 10 filem termasuk The Incredible Hulk pada tahun 2008.

Mungkin ramai yang tidak perasan Downey pernah buat ‘cameo’ dalam filem The Incredible Hulk.

Masa ni Mark Ruffalo belum lagi dipilih untuk gantikan Edward Norton sebagai Bruce Banner dan Hulk.

Untuk info, dari tahun 2015 sehingga tahun 2019, Downey tidak ada langsung buat penampilan dalam filem lain kecuali filem-filem MCU.

Memandangkan filem Avengers: Endgame nanti besar kemungkinan adalah penampilan terakhir Downey muncul sebagai Tony Stark dan Iron Man, mari kita lihat watak yang pernah dilakonkan olehnya sebelum terkenal sebagai Tony Stark.

Paul Avery, Zodiac (2007)

Paul Avery, Zodiac (2007). (Gambar film-bunker.com)

Downey berlakon sebagai wartawan dalam filem kisah benar pembunuh bersiri Zodiac yang ditayangkan pada tahun 2007.

Downey bergandingan dengan Mark Ruffalo dan Jake Gyllenhaal untuk selesaikan kes pembunuh bersiri yang digelar Zodiac, sampai sekarang tidak terjawab lagi siapa Zodiac ini.

Harry Lockhart, Kiss Kiss Bang Bang (2005)

Harry Lockhart, Kiss Kiss Bang Bang (2005). (Gambar imdb.com)

Dalam filem ni, Downey pegang watak sebagai seorang penjenayah tapi secara tidak sengaja menjadi pelakon, dalam masa yang sama menyamar sebagai seorang detektif.

Inilah yang menariknya mengenai filem ini.

Malah filem ini juga dikatakan lakonan terbaik Downey sepanjang kariernya sebagai pelakon.

Jerry Renfro, Bowfinger (1999)

Jerry Renfro, Bowfinger (1999). (Gambar movies.supertran.net)

Babak lakonan Downey dalam filem ni tak banyak pun disebabkan masalah peribadinya di luar dunia lakonan.

Tapi babak Downey dengan Steve Martin dalam filem ini dikatakan paling lawak yang ada dalam filem Bowfinger ni.

James Barris, A Scanner Darkly (2006)

James Barris, A Scanner Darkly (2006). (Gambar inverse.com)

Downey berlakon sebagai seorang penagih dadah yang menyediakan maklumat kepada polis mengenai dadah baru yang muncul di AS.

Filem ini lain daripada lain disebabkan lakonan pelakon dalam filem ni dikartunkan.

Lakonan Downey dalam filem ini dipuji disebabkan dia betul-betul menjiwai watak sebagai seorang penagih dadah.

Dalam dunia realiti, Downey memang pernah berdepan dengan masalah dadah.

Sumber: thelaki.com

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]