Hasilkan straw daripada rumput liar, inovasi bijak lelaki Vietnam dipuji

Straw Rumput Liar.

Bahan-bahan kegunaan harian yang diperbuat daripada plastik seperti straw, adalah sangat berbahaya kepada alam sekitar.

Sifatnya yang sangat sukar diurai dan dihancurkan untuk kembali sebati dengan tanah menyebabkan hampir semua negara melarang penggunaan plastik.

Menerusi World Of Buzz, seorang lelaki dari Vietnam, Tran Minh Tien, berkongsi cara dia menghasilkan straw daripada rumput liar.

Proses penghasilan straw rumput liar

1. Proses pertama, kumpulkan semua rumput kering dan bersihkan ia sebelum dipotong menjadi tiub 20 sentimeter.

2. Kemudian, bahagian dalam berongga akan dibersihkan sekali lagi dengan menggunakan batang logam.

3. Seterusnya, rumput akan dibersihkan untuk kali terakhir dan kemudian dibungkus dengan menggunakandaun pisang.

4. Kemudian, straw rumput siap untuk penghantaran dan digunakan.

Straw rumput ini juga mempunyai dua versi iaitu kering dan segar.

Straw rumput yang baru dipotong boleh disimpan di dalam peti sejuk sehingga dua minggu dan seminggu dalam suhu bilik.

Bagi yang kering pula, dapat bertahan lebih lama dan boleh disimpan di dalam peti sejuk sehingga enam bulan.

Rumput.
Rumput Liar Diproses.
Straw yang Siap Diproses.

Straw rumput liar kering

Kedua-dua versi straw rumput ini bertujuan untuk digunakan sekali sahaja tetapi Tran menggalakkan mereka menggunakannya semula.

Straw rumput adalah organik sepenuhnya kerana ia tidak dirawat dengan bahan kimia dan pengawet.

Rumput yang digunakan mempunyai wangian semula jadi yang menyenangkan.

Setakat ini, straw rumput ini hanya boleh didapati di Vietnam.

Sumber: World Of Buzz & VnExpres International

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]