Pelik… Macam mana kon boleh tersangkut di kepala

Anggota bomba bertungkus lumus memotong kon tersebut dengan berhati-hati agar tidak mencederakan mulut dan mukanya. (Gambar Facebook Bomba Malaysia)

Tak tahu sama ada hendak gelak ataupun kesiankan kanak-kanak ini.

Apa yang menjadi pelik bagaimana kon ini boleh terlekat di kepalanya?

Namun itulah yang berlaku hari ini apabila bomba terpaksa mengambil masa setengah jam untuk memotong dan mengeluarkan kon tersebut di kepalanya.

Kejadian yang berlaku terhadap seorang murid lelaki tahun lima di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), di Kuala Penyu, akhirnya berjaya diselamatkan selepas setengah jam dia menahan sakit.

Jentera bomba bersama lima anggota pasukan bomba, telah dihantar ke sekolah tersebut sebaik saja mereka menerima panggilan kecemasan daripada pihak sekolah kira-kira 2.26 petang.

Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Penyu, hampir setengah jam masa yang diambil untuk mengeluarkan kon daripada kepala mangsa.

“Pasukan bomba menggunakan gergaji besi untuk memotong kon bagi mengeluarkannya dari kepala mangsa.

“Kerja mengeluarkan kon dilakukan berhati-hati. Jika silap boleh mendatangkan kecederaan pada mulut mangsa,” menurut salah seorang anggota bomba.

Murid lelaki itu berada dalam keadaan baik sejurus pihak bomba berjaya mengeluarkan kon daripada kepalanya.

Budak tersebut diserahkan kepada ibu bapanya yang turut berada di lokasi kejadian.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku ketika mangsa sedang menunggu ibu bapanya sambil bermain di kawasan sekolah yang mana kon itu berada di kawasan berkenaan.

Sumber: Harian Metro

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]