Wow… Bagi peminat bola sepak jom tengok ‘dressing room’ terbaik dunia

Gambar Pinterest.

Jika anda peminat bola sepak dan berpeluang pergi melancong ke luar negara pastinya tempat yang tidak akan dilepaskan untuk dikunjungi adalah stadium bola sepak ternama dunia.

Adalah sesuatu yang merugikan jika tidak melawat dressing room dan ikut stadium tour yang disediakan.

Tapi jika anda masih belum berkesempatan untuk melihatnya sendiri, jangan sedih disini disediakan beberapa gambar antara dressing room terbaik di dunia.

Manchester United, Old Trafford

Gambar @ManUtd

Diberi gelaran “The Theater of Dreams” oleh Bobby Charlton, dressing room kat Old Trafford baru sahaja siap refurbished pada tahun 2018.

Untuk info, Old Trafford merupakan stadium kedua terbesar di England selepas stadium Wembley.

Liverpool, Anfield

Gambar LFC.
Gambar thisisanfield.com

Stadium Anfield siap refurbished pada tahun 2017 dan merupakan stadium ke-6 terbesar di England.

Kehadiran penonton tertinggi yang pernah direkodkan di Anfield setakat ini ialah perlawanan antara Liverpool dan Wolves pada tahun 1952 dengan jumlah kehadiran seramai 61,905.

Paris Saint-Germain, Le Parc des Princes

Gambar PSG_English.
Gambar PSG_English.

Walaupun PSG dikenali dengan team yang kaya-raya, tapi stadium Le Parc des Princes ini sebenarnya disewa oleh PSG.

Le Parc des Princes dimiliki oleh Paris City Council.

Sudah banyak kali stadium ini diubahsuai dan dinaik taraf semenjak PSG diambil alih oleh Nasser Al-Khelafi.

Juventus, Allianz Stadium

Gambar Juventus.
Gambar Juventus.

Juventus gunakan stadium ini sejak tahun 2011.

Sebelum ni, Juventus gunakan Stadium Stadio delle Alpi sebagai stadium rasmi.

Stadio delle Alpi diruntuhkan untuk bina stadium baru Juventus.

Pada tahun 2014, Allianz Stadium pernah menjadi stadium rasmi untuk perlawanan akhir UEFA Europa League 2014.

Manchester City, Etihad Stadium

Gambar visitmanchester.com.
Gambar nssmag.com

Sebelum ini stadium rasmi Manchester City dikenali sebagai City of Manchester Stadium.

Selepas Etihad menjadi penaja rasmi utama Manchester City, nama stadium ni ditukarkan kepada Etihad Stadium.

Sama macam PSG, Etihad Stadium ini disewa oleh Manchester City.

Bukan milik Manchester City sepenuhnya.

Stadium ni dimiliki oleh Manchester City Council.

Atletico Madrid, Wanda Metropolitano

Gambar atletienglish.
Gambar atletienglish.
Gambar atletienglish.

Atletico Madrid baru sahaja pindah ke stadium baru ini pada tahun 2017.

Perlawanan akhir UEFA Champions League 2019 nanti akan diadakan di stadium ini yang boleh menampung seramai 67,829 orang.

Sumber: thelaki.com.my

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]