Pernahkah terfikir sperma sihat hasil pemakanan seimbang

(Gambar parenting.dream.co.id)

Sperma adalah sebahagian penting dalam kemandirian manusia dan ianya adalah elemen penting dalam proses mendapatkan anak.

Walau bagaimanapun, pernahkah anda terfikir bagaimana rasa sperma?

Jawapan kepada soalan ini berbeza mengikut individu memandangkan terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi rasanya.

Antara faktor tersebut, makanan lazimnya mempunyai impak yang besar terhadap rasa sperma.

Bagaimana rasa sperma?

Perisa yang berkait dengan sperma datangnya daripada komposisi dalam cecair semen (air mani).

96% daripada semen adalah air dan hanya 2% daripada semen adalah sperma.

2% lain yang tinggal terdiri daripada gula fruktosa yang membekalkan tenaga kepada sperma; sodium bikarbonat yang melindungi sperma daripada persekitaran asidik dalam faraj; vitamin c yang memastikan sperma sihat; dan beberapa mineral seperti fosforus, magnesium, zink dan potasium.

Kerana protein-protein, enzim-enzim dan mineral-mineral ini, rasa asas sperma adalah sedikit suam dan masin.

Ada yang mengatakan rasanya sedikit manis manakala ada yang berpendapat rasanya adalah tawar.

Satu faktor penting yang mempengaruhi rasa sperma adalah apa yang kita makan setiap hari.

Peranan makanan

Walaupun secara umumnya, rasa sperma adalah sedikit masin dan suam, perisa yang bervariasi ini boleh disebabkan oleh apa yang seseorang lelaki itu makan.

Sebagai contoh, merokok, pengambilan arak dan dadah boleh menyebabkan ejakulasi seseorang itu berasa pahit.

Daging dan khinzir juga dikatakan menyebabkan rasa sperma yang pahit dan tidak enak.

Punca perisa tidak enak yang lain adalah kafein yang mampu menyebabkan cecair ejakulasi anda berasa pahit.

Begitu juga dengan makanan yang tinggi dalam kandungan sulfur seperti brokoli dan kubis yang berupaya untuk membuat sperma berasa pahit.

Produk tenusu dipercayai meningkatkan rasa masin jadinya jika seorang lelaki itu mengambil terlalu banyak produk tenusu, cecair air maninya akan menjadi kurang enak.

Seseorang yang gemar akan makanan yang berbau kuat seperti halia atau bawang mungkin akan mempunyai air mani yang tidak enak.

Terdapat makanan yang mampu menambahbaik perisa air mani yang tawar dan sedikit masin itu.

Kulit kayu manis dan jus nanas dikatakan sebagai makanan terbaik dalam menambahbaik perisa air mani seseorang.

Apa-apa makanan yang tinggi dalam kandungan gula akan menyebabkan rasa ejakulasi seseorang itu lebih manis dan sedap.

Daun gandum, lemon pasli dan pudina turut membantu menambah kemanisan air mani seseorang.

Peranan minuman

Bilangan air yang diminum seseorang juga turut memainkan peranan yang penting dalam memberi perisa kepada air mani.

Ianya juga mempengaruhi kuantiti cecair yang akan keluar melalui ejakulasi jadi pastikan anda minum banyak air dan jus buah-buahan.

Sekiranya anda ingin cuba meningkatkan isi padu air mani anda, sesetengah makanan tambahan mungkin membantu.

Badan yang sihat menentukan perisa air mani

Jika badan anda sihat, kemungkinan besar, air mani anda akan berasa manis atau yang paling kurang, normal.

Jadi, pastikan keadaan kesihatan anda semuanya baik dan dapatkan rawatan optimum.

Tambahan lagi, sesetengah ubat juga turut mempengaruhi rasa ejakulasi anda seperti rasa pahit atau terlebih masin.

Walaupun tidak banyak yang boleh anda lakukan jika anda terpaksa mengambil ubat tersebut,anda boleh cuba untuk memperbaikinya dengan mengambil banyak jus dan juga air suling.

Artikel ini diterbitkan di hellodoktor.com dan disemak Dr Duyen Le. Kumpulan Hello Health tidak menyediakan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]