Anak Ronaldinho tidak dedah siapa bapanya sertai latihan Cruzeiro

Joan Mendes bersama bapanya Ronaldinho (Gambar semuanyabola.com)

Anak kepada bekas bintang bola sepak dunia, Ronaldinho kini mula menjadi tumpuan kelab di Brazil walaupun baru berusia 14 tahun.

Menurut laporan Daily Mail, Joao Mendes bagaimanapun memilih menyertai kelab Cruzeiro.

Namun apa yang menarik dia tidak mendedahkan siapa bapanya sehinggalah berjaya melepasi peringkat pemilihan dan mendapat tempat bersama kelab Brazil itu.

Joan Mendes menjalani latihan bersama pasukan Cruzeiro. (Gambar semuanyabola.com)

“Walaupun dia adalah anak kepada Ronaldinho, Mendes tiba untuk menyertai pemilihan di kelab tanpa memberitahu siapa bapanya.

“Dengan bakat yang dimilikinya, dia membuktikan dirinya. Hanya selepas beliau disahkan menyertai kami, kemudiannya beliau mendedahkan nama ayahnya yang terkenal itu,” ujar kenyataan dari Cruzeiro.

Pengarah pengasas Cruzeiro, Amarildo Ribiero berkata Mendes adalah pemain yang mempunyai kelebihan fizikal dan kualiti teknikal yang tinggi.

“Dia adalah pemain yang boleh beraksi sebagai target man atau penyerang kedua.

“Walaupun memiliki susuk tubuh yang besar, Mendes memiliki kepantasan dan sentuhan penyudah yang baik,” katanya.

Mendes kini diikat kontrak selama 5 tahun bersama Cruzeiro.

Ayah kepada Mendez, Ronaldinho disifatkan sebagai salah seorang pemain terbaik dunia sepanjang kariernya selama 17 tahun.

Dia pernah beraksi untuk Paris Saint-Germain (PSG), Barcelona dan juga AC Milan.

Ronaldinho juga pernah memenangi Ballon d’Or pada tahun 2005.

Sumber: Daily Mail

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]