Filem terbaru Child’s Play bukan lagi anak patung

Siapa masih ingat filem seram yang menjadi igauan pada tahun 1980an… Child’s Play.

Disebabkan Chucky ini ramai yang takut dengan anak patung, tak kisah lelaki ke perempuan ke.

Memang scary gila Chucky di dalam filem.

Baru-baru ini keluar trailer filem terbaru Child’s Play yang akan mula ditayangkan pada 21 Jun nanti.

Child’s Play bakal ditayangkan di pawagam dan menjanjikan aksi yang lebih ngeri dan menakutkan yang dibawa oleh watak Chucky. (Gambar imdb.com)

Filem terbaru Child’s Play bukan sekuel untuk mana-mana filem Child’s Play sebelum ini, tapi kali ini ia lebih kepada filem reboot, maknanya mereka remake balik filem asal yang keluar pada tahun 1988, buat jalan cerita yang baru.

Tujuh filem Child’s Play sebelum ini kita boleh nampak Chucky adalah anak patung yang telah disumpah dan ada roh jahat yang berada dalam anak patung ini.

Untuk filem terbaru Child’s Play, Chucky bukan lagi anak patung biasa yang boleh dibeli di pasaraya.

(Gambar imdb.com)

Chucky yang terbaru ini lebih canggih dan bukan lagi anak patung, tapi robot.

Dalam trailer siap ada tunjuk Chucky boleh scan muka budak kecik.

Ada khabar angin mengatakan , Chucky dalam filem Child’s Play terbaru ini tak guna nama Chucky tapi guna nama baru, Buddi.

Atau mungkin juga Chucky dan Buddi memang ada dalam filem ini sebagai kawan.

Dalam trailer ini pun tidak tunjuk sangat macam mana rupa terbaru Chucky atau Buddi tapi ada tunjuk baju Buddi.

(Gambar imdb.com)

Yang pastinya, watak girlfriend Chucky dalam siri filem Child’s Play sebelum ini, Tiffany Valentine memang tiada dalam filem terbaru selepas pelakon yang menyumbangkan suara untuk Tiffany, Jennifer Tilly ada tweet yang mereka tidak terlibat dalam filem terbaru Child’s Play.

Sumber: Thelaki.com.my

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]